Pemeriksaan Kesihatan Gigi di Klinik Pergigian UTC Pasir Gudang

Pemeriksaan Kesihatan Gigi di Klinik Pergigian UTC Pasir Gudang | Bercakap tentang gigi, kebanyakkan daripada kita selalu "take for granted" dan bila gigi/gusi sudah rosak barulah melawat Doktor Gigi. Tahukah anda pemeriksaan gigi secara rutin perlu dilakukan setiap 6 bulan atau sekurang-kurangnya setahun sekali bagi menjamin kesihatan gigi dan gusi? Jadi sebagai mak yang concern, Mak ajaklah anak Mak ke klinik gigi kerajaan bertempat di UTC Pasir Gudang.

Sebenarnya, gigi anak Mak semua OK sahaja. Cuma nak buat pemeriksaan gigi anak Mak, Fateh. Mak risau pula umur dah 2 tahun++ tapi gigi belum penuh. Abang-abang dia cepat tumbuh gigi and by umur 2 tahun dah penuh (gigi susu).

Perkhidmatan di Klinik Pergigian UTC Pasir Gudang
klinik Pergigian kerajaan pasir gudang
Suasana klinik aman sahaja masa Mak datang. Tak ramai orang pun, dari mula pendaftaran dan pemeriksaan. Iman dan Fateh seronok dapat berjumpa doktor gigi. Doktor cakap, gigi anak Mak kedua-duanya bagus. Cuma mungkin Fateh ambil masa untuk keluar semua gigi. Tunggu dulu dan jika tak ada juga, kena pergi buat x-ray untuk periksa samaada ada gigi tak dalam gusi dia. Tapi doktor kata, everything should be OK. Lega Mak mendengarnya.

Perkhidmatan dan Bayaran di Klinik Pergigian UTC Pasir Gudang
klinik pergigian pasir gudang
Sebenarnya semua klinik pergigian kerajaan sama sahaja. Iman dan Fateh tidak dikenakan bayaran, sebab kanak-kanak bawah 6 tahun memang dapat rawatan percuma.

Rawatan percuma diberi kepada golongan pesakit seperti berikut:
1. Kakitangan kerajaan dengan GL
2. Kanak-kanak dibawah 6 tahun dengan surat beranak/MyKid
3. Pelajar dengan surat sekolah
4. Warganegara berumur 60 tahun keatas (pendaftaran sahaja)
5. Penderma darah dengan kad derma darah
6. Ibu mengandung dengan buku rekod kesihatan ibu (Buku Pink)

Selesai urusan di klinik, Mak belanja Iman dan Fateh aiskrim. Irony *gelak besar* That's all for today. Selamat berpuasa.

Comments

  1. assalamualaikum lin...lama dah x check gigi ni lin...bagus juga...

    ReplyDelete
  2. Senang kan,aku igt nak buat gigi barulah.. Tapi tak sanggup rongak

    ReplyDelete
  3. sakit gigi sejak mgandung tahun lepas..ada gigi berlumbang tp doc tak bagi cabut..katanya tunggu lepas bersalin..dh bersalin ni ada anak kecik..xpergi2 jgk..huhu

    ReplyDelete
  4. bagusnya tak ramai orang, dekat sini menangis jugak tunggu sudahnya pergi swasta je

    ReplyDelete
  5. Baru tau kanak2 bawah 6 tahun rawatan gigi percuma..

    ReplyDelete
  6. Salam.. nk tnya... Kalau trus dtng cbut gigi ke or tmpal.. sbb ada mmber yng tngh sakit gigi..ke kena set appointment..kalau appointment brpa lama ye..kalau ada nmbor hrap jasa baik korng rply ya..tq.. hrap ada yng balas tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.