Lazada Malaysia

Tuesday, July 10, 2018

Ketupat Palas Segera Jenama Nona

Ketupat Palas Segera Jenama Nona | Tiap-tiap tahun, Ketupat Nona memang jadi pilihan keluaraga Mak. Memang lembut dan puas hati. Ceritanya, Mak buat ketupat palas untuk sarapan dua hari lepas. Literally, Mak cuma rebus sahaja. Hari tu, ternampak dekat timeline fanpage masakan terkenal, MAHN; orang masak ketupat palas segera yang ni. Ikut komen, memang ramai dah rasa kesedapnnya. Jadi bila Mak terjumpa, Mak belilah 1 buat rasa.
Harga sebungkus Ketupat Palas Segera Nona dalam RM6+. Dalamnya ada 13 bungkusan kecil ketupat. Disertakan sekali santan segera. Tapi Mak tak guna santan tu, sebab kalau tengok ingredient santan: krimer bukan tenusu, perasa santan dan garam. Mak tukar dengan pilihan yang lebih sihat, santan kotak Kara ;)
Kalau ikut cara memasak di bungkusan Ketupat Palas Nona ni, basuh dan letak semua sekali bahan dalam periuk dan rebus 1 jam. Cara Mak pula, basuh dan rebus dengan air serta sesudu besar garam seperti biasa selama 30 minit. 30 minit lagi baru Mak letak santan. Dah siap sejukkan terlebih dahulu barulah dihidang.
Macam nilah kejadian akhirnya. Mak tak tunggu sejuk, excited sangat nak makan. Memang sedap, lemak serta lembut. Dipadankan sekali dengan sambal tumis dan kari ayam pekat. Rasa macam tak cukup sebungkus makan dengan anak-anak. Nanti bolehlah beli lagi buat spare. Bila-bila terasa nak makan ketupat palas, boleh rebus. Next time nak cuba Lemang Segera Nona pula ;)

P/S: I've being eye-ing Philip Pressure Cooker ;) Entah bila nak beli.

9 comments:

Miza Talib said...

serius sedap mak, miza dah buat stock dekat rumah. kalau nak tunggu makan ketupas daun palas kena balik kampung sebab miza malas nak membungkus

Afizah Abd Rahman said...

Pernah beli ketupat palas nona ni. Sedap juga rasanya.

Sis Lin said...

Memang sedap, Sis tiap-tiap tahun rebus palas ni, ada lagi satu, Mak try yang lemang segera tu, pun sama caranya macam Palas ni, brand pun sama..

JMR said...

Wah ketupat palas pun ada yang segera ya. Tapi rasanya mesti tak sama kan sebab takde daun palas tu hehe

Hans Hanis said...

not bad lah rasanya
tapi suka yang buat sendiri lagi
hehehe

Mohamad Khairil said...

nampak sedap & mudah je nk buat..


Aerill Hassan

Mia Liana said...

belum cuba lagi...

Lin liena said...

ala...sedapnyer...rasa nak cari jugaklah besok..

Siti Rohaida Yusof said...

senang ek mak pakai ni..nanti nak try jugak la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...