Beriman Kepada Takdir Membawa Ketenangan

Surah Al-Hadid: Ayat 22-23: Beriman kepada takdir membawa ketenangan

Firman Allah serta terjemahannya:

مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِىٓ أَنفُسِكُمۡ إِلَّا فِى ڪِتَـٰبٍ مِّن قَبۡلِ أَن نَّبۡرَأَهَآ  ۚ  إِنَّ ذَٲلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ (٢٢)

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

لِّكَيۡلَا تَأۡسَوۡاْ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمۡ وَلَا تَفۡرَحُواْ بِمَآ ءَاتَٮٰڪُمۡ   ۗ   وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٍ فَخُورٍ (٢٣)

Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

Tafsir ringkas

1. Allah SWT menegaskan tentang takdir-Nya yang telah ditetapkan terhadap makhlukNya sebelum Dia memulakan penciptaan. Setiap takdir makhluk semuanya dicatat di dalam Luh Mahfuzh yang bermaksud lembaran yang  terjaga. Kata Ibnu Kathir : Luh Mahfuzh berada di tempat yang tinggi, terjaga dari penambahan, pengurangan, perubahan dan penggantian.

2. Setiap musibah dan bencana  yang menimpa individu atau orang ramai, samada malapetaka, kesakitan kemiskinan, kelaparan mahupun nikmat kesenangan dan keamanan, semua itu sudah dicatat pada Luh Mahfuzh dan tidak mungkin berubah. Manusia hanya melakonkan semula wataknya mengikut skrip yang telah ditentukan untuknya.

3. Hikmahnya agar manusia tidak menyalahkan diri atas apa yang menimpa diri dan tidak berputus asa atas apa yang hilang dari diri kerana jika Allah menetapkan sesuatu sudah pasti akan terjadi.

4. Malah tidak pula membangga diri atas pemberian Allah kerana nikmat itu datang bukan kerana usaha jerih kita tetapi kerana sudah menjadi ketetapan Allah sekaligus sebagai rezekiNya yang diberikan kepada kita.

Pengajaran

1. Kita hendaklah yakin terhadap takdir yang telah ditetapkan Allah sejak azali lagi supaya kita tidak bersedih terhadap musibah malah optimis terhadap apa yang Allah telah tetapkan.

2. Segala nikmat, kejayaan, kekayaan bukanlah untuk dibangga-banggakan kerana semuanya dari Allah bukanlah semata-mata hasil usaha kita.

3. Muhasabah  dan koreksilah diri kerana boleh jadi musibah yang tidak dingini hadir dalam hidup kerana kerana silap dan dosa kita sendiri. Qatadah rahimahullah mengatakan: “Telah sampai pada kami bahawa tidaklah seseorang terkena luka kerana terkena kayu, terjadi bencana pada kakinya atau kerusakan menimpa dirinya, melainkan itu kerana sebab dosa yang ia lakukan." Maka kembalikan kepada Allah yang Maha luas pengampunanNya.

4. Tahanlah diri daripada terlalu mendalami masalah takdir dalam erti kata manusia lebih sering tidak muhasabah terhadap diri sendiri, namun menyalahkan pada takdir Allah seperti mengatakan takdir memang kejam atau hidup saya memang malang sedangkan saya tak minta pun dilahirkan dan sebagainya.

5. Terimalah dengan hati yang redha sebarang musibah yang menimpa juga nikmat yang diterima kerana Allah ingin memperlihatkan KekuasaanNya agar manusia bertaqwa dan merendah hati.

6. Sebagai makhluk yg lemah, kita perlu melakukan ikhtiyar agar  selalu dalam perlindungan Allah. Ikutilah petunjuk agama dalam mengelakkan dari terkena musibah dan takdir yang buruk. Antaranya ialah :

i.  Berdoalah selalu dengan doa ini:

رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
[Surat Al-Baqarah 286]

2. Bersungguhlah mengejar  taqwa kerana Allah akan memberi jalan keluar bagi setiap kekusutan dan kesempitan  malah segala urusan dan permasalahan akan menjadi mudah.

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا
[Surat At-Talaq 2]

 وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا
[Surat At-Talaq 4]

3. Banyakkanlah  bersedeqah dan memberi kerana sedeqah itu boleh menolak bala (maksud hadith)

4. Beristighfar kerana Allah berfirman: Kami tidak akan turunkan azab bencana selama mereka masih beristighfar"

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ ۚ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
[Surat Al-Anfal 33]

5. Menghubungkan silaturrahim sesama keluarga, kerabat dan sahabat handai. Luaskan pergaulan dan ramaikan kenalan. Eratkan ukhuwwah.

6. Selalu berzikir dan berselawat.

7. Hulurkan kebaikan dan suka menolong orang lain. Jadikan ia satu hobi kerana dengan berbuat kebaikan maka kebaikan juga akan bertandang dalam hidup kita.

هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ
[Surah Ar-Rahman 60]

Rujukan: Tafsir Ibnu Kathir

Comments

  1. apabila kita redha dengan sesuatu dan serahkan pada Allah setelah berusaha, betul.. rasa tenang je hati

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian :)


    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. bersyukurlah dengan setiap nilmat yang telah Dia berikan.
    Janji Kita

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.