Bermain Sambil Belajar di Wyeth Nutrition Brilliance Playschool

Bermain Sambil Belajar di Wyeth Nutrition Brilliance Playschool | Minggu lepas, Mak dan Adam menyertai Brilliance Playschool anjuran Wyeth Nutrition pada 25-29 Julai bertempat di AEON Tebrau, Johor Bahru, Johor. Keesokkan harinya, Mak bawa Iman dan Fateh pula (serta Yusuf). Rupa-rupannya anak-anak Mak; Adam, Iman dan Fateh mempunyai potensi dalam aspek yang berbeza! Mari ikuti pengalaman kami di sana ;)
Wyeth Nutrition Brilliance Playschool
Brilliance Playschool oleh Wyeth Nutrition
Ketahui potensi anak anda dengan menyertai pelbagai aktiviti yang disusun khas untuk kanak-kanak berumur 2-7 tahun. Pupuk kecemerlangan anak anda dengan cara yang menyeronokkan di Brilliance Playschool.

Pertama sekali, kami perlu daftar terlebih dahulu untuk mendapatkan pass kunci bagi menyertai setiap stesen. Bukan anak-anak sahaja teruja, Mak turut teruja sama. Selesai mendaftar, kami terus ke stesen pertama.
Wyeth Nutrition Brilliance Playschool
Stesen Pertama: Stesen Nombor
Anak-anak dikehendaki bermain permainan Trial & Error Number Game dimana ianya menguji pembangunan kognitif dan logik anak. Kalau anak anda mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi serta sukakan kira-kira/nombor serta teka-teki logik, mesti dia seronok bermain permainan interaktif di stesen ini.
Wyeth Nutrition Brilliance Playschool
Stesen Kedua: Stesen Perkataan
Anak-anak yang suka aktiviti berkaitan perkataan seperti membaca, menulis dan bercerita, dia mungkin cemerlang dalam di stesen ini sebab ia melibatkan permainan yang menguji identifikasi perkataan dan objek dengan Augmented Reality Games.
Wyeth Nutrition Brilliance Playschool
Stesen Ketiga: Stesen Seni
Kanak-kanak yang cenderung kepada seni mesti berminat dalam imaginasi visual dan imaginasinya yang ketara. Di stesen ini, anda dapat mengetahui tahap kreatif anak anda melaui 3D-Projection Mapping yang direka untuk ekspresi kreatif dan kemahiran motor halus.
Wyeth Nutrition Brilliance Playschool
Stesen Keempat: Stesen Fizikal
Kecemerlangan fizikal anak diuji dengan Kinect Interactive Wall, dimana ianya direka untuk melatih koordinasi tangan-mata serta kemahiran motor.

Stesen Terakhir: Kubah Otak
Di sinilah keputusan tahap kecemerlangan anak anda dikira berdasarkan penglibatan dalam keempat-empat stesen di atas. Cuba teka Adam, Iman dan Fateh lebih cenderung cemerlang dalam aspek yang mana?
Wyeth Nutrition Brilliance Playschool
Wyeth Nutrition Brilliance Playschool
Wyeth Nutrition Brilliance Playschool
Anak-anak sangat seronok. Lebih seronok lagi selepas dah selesai semua aktiviti, dapat hadiah T-shirt eksklusif dari Wyeth (tertera nama!) Booth susu keluaran Wyeth pun ada dan semuanya dijual dengan harga promosi. Memang berbaloi, malahan Mak dapat sehelai T-shirt serupa dengan anak sebab mak beli susu S26 dan susu Promama (susu untuk ibu mengandung dan menyusu). Nak tebus S-MAMA Club points pun boleh. Tak perlu pos, kita tebus on the spot di sini ;)
Apa lagi yang lebih menggembirakan kita sebagai ibubapa melihat senyuman terukir di wajah anak-anak kan? Lepas ni Mak dah boleh mula cari pendekatan dan aktiviti pembelajaran yang menyerlahkan potensi anak-anak Mak ikut kelebihan masing-masing.
Wyeth Nutrition - Brilliance Streghth Finder Test
Selain itu, Mak ada juga jawab Ujian atas talian di laman sesawang Wyeth Nutrition - Brilliance Streghth Finder Test (Link). Ia direka bagi membantu ibubapa mengenalpasti kecerdikkan anak mereka dengan menjawab satu set soalan yang disesuaikan mengikut umut. Ini ialah program yang direka khas Oleh Thomas Armstrong PhD, seorang pakar dalam bidang kepintaran pelbagai dan Pengarah Eksekutif di Institut Pembelajaran dan Perkembangan Manusia Amerika.

Berita baik untuk orang Utara, acara Brilliance Playschool yang seterusnya akan diadakan di Queensbay Mall, Pulau Pinang dari 16-19 Ogos! Tanda kalendar awak siap-siap supaya tak telupa ya! Untuk info lanjut boleh layari laman sesawang Wyeth Nutrition di www.wyethnutrition.com.my. Till then, Salam.

Comments

  1. Crucial juga kan untuk parents/caretaker tengok potential budak budak and nudge them to the right way instead of redah saja dengan apa ada

    ReplyDelete
  2. Jauhnyaaa Penang! KL ni bilaaa..nak bawak anakkk buah kita...berapa entrance ni Mak? Ke free je?

    ReplyDelete
  3. bestnye ade aktiviti camni.. boleh kembangkan otak anak skit heheh..

    ReplyDelete
  4. happy kan diorang dapat join semua aktiviti tu..

    ReplyDelete
  5. Setiap kanak-kanak tu potensinya berbeza. Kena ikut minat mereka juga kan?. Masa anak kecik selalu la pergi event macam ni. Try macam2 permainan dan dapat banyak sample susu.

    ReplyDelete
  6. Aktiviti yang sangat menarik untuk uji kemampuan anak-anak 👍👍👍

    ReplyDelete
  7. mak bawa semua anak mak ye.semua dalam kategori berlainan.tahniah mak.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  8. Syoknya anak2 sekarang, aktiviti yg menarik sangat ☺️

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya dpt discover apa potential anak2 kan..nanti nak join lah yg dekat penang tu

    ReplyDelete
  10. Kalau dapat bawa semua meriah kann Mak..
    Kita yang nengom pun seronoknyaaa...

    ReplyDelete
  11. Budak budak kan kalau dah ada aktiviti macam ni, dieorang pun dah seronok sangat. Nampak bagi kita macam senang je tapi budak budak macam mencabar sikit kan aktiviti die

    ReplyDelete
  12. Ow lain anak lain kebolehan diorang kan..bagus la event mcm ni..mak pak boleh lebih tahu kebolehan anak masing2..

    ReplyDelete
  13. Bagus event ni..at least kita boleh tau kebolehan dan minat anak- anak kita..setuju lain anak lain minatnya..bila ada aktiviti macam ni memang bagus untuk perkembangan minda mereka..

    ReplyDelete
  14. Wahh! Memang best aktiviti macam nie. Baik untuk anak-anak..

    ReplyDelete
  15. Bagusnya ada aktiviti macam ni, beruntung anak2 zaman sekarang..ada banyak aktiviti yang boleh menguji perkembangan minda mereka. Anak-anak pun sure seronok jugak kan?

    ReplyDelete
  16. Seronoknya anak-anak dalah explore kembangan minda mereka dengan adanya macam-macam aktiviti yang menguji perkembangan otak mereka, bagus event macam ni!

    ReplyDelete
  17. Seronok yer anak-anak dapat join event macam ni kan. Best yer kalau huda pun boleh bawa anak-anak datang event camni, diorang meneroka potensi dalam diri diorang. Bijak belaka semua anak-anak bila diberi rangsangan dengan aktiviti camni

    ReplyDelete
  18. Comelnya depa nie semua. Bagus sebab ada event gini - boleh kita tengok anak-anak ceria dan gembira sambil belajar. Macam nak geget je muka comel2 nie.

    ReplyDelete
  19. Bagus event macam ni. Bagi anak kita improve social skill. Sebab mereka boleh main game dan berinteraksi dengan akak yang jaga kat situ. Hehehe. Event ni ada kat mana je? Kenapa macam tak pernah tahu pun ada event camni.

    ReplyDelete
  20. Anak anak memang kena banyak habiskan masa berkualiti dengan mereka. Memang bagus lah kalau mereka dapat membesar jadi orang

    ReplyDelete
  21. Anak anak yang suka pergi main di luar sekarang ni kena hati hati juga, maklumlah musim penyakit hfmd kan. Playgorund indoor memang terdedah pada kuman

    ReplyDelete
  22. Ok nanti boleh pergi program di queensbay mall penang uji cik puteri

    ReplyDelete
  23. best tgk anak2 main aktiviti kat sana..klo anak suzie cnfirm xnk balik..hehe

    ReplyDelete
  24. Bestnya si kecik can enjoy activities cam ni. Tadi pon baca ade blogger jugak post pasal event ni. I think it is a good thing.

    ReplyDelete
  25. This kind of activities memang best for children growth and learning. I hope that more company will organize such event.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.