Majlis Pelancaran Cookies by Yusa

Majlis Pelancaran Cookies by Yusa| Selasa lepas Mak dijemput menghadiri majlis pelancaran Cookies by Yusa oleh Yusa Food Product bertempat di 032A LG, Sunway Putra Mall Kuala Lumpur. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Cookies by Yusa, Sunway Putra Mall KL
Cookies by Yusa adalah stand-alone stor yang menawarkan pelbagai produk makanan keluaran usahawan tempatan yang sudah pastinya antara yang terbaik dan 100% halal di bawah satu bumbung. Terdapat lebih 200 jenama produk makanan yang ditawarkan antaranya, produk Yusa sendiri, Awie, Serantau, Freezy Layer Cake, Fatihah, BB'S, Ommason (Korean Food), Fruitissimo, Softa, Munif Hijjaz, Mosha, Krunchy Karamel, Wansha, Samza, Shweet, Aluyah, Tasnim, Hilies, Lickat, Sambal Bawang & Bilis dan BR Renggunang & SB Sambal Pecal.

Di bawah naungan Puan Norli Yusop, Yusa Food Product Sdn. Bhd mula bertapak di Kuala Lumpur dan sekitarnya sejak tahun 2015 dan ini merupakan stor ke-5 Yusa Food Product Sdn. Bhd.

Lokasi cawangan Yusa Food Product:
✔ SACC Mall, Shah Alam
✔ The Curve, Damansara
✔ Publika, Solaris Dutamas
✔ Melawati Mall, Wangsa Maju

Hanya Produk Terpilih yang Terbaik di Cookies by Yusa
Mengikut petikan ucapan Puan Norli Binti Yusop, pihaknya menekankan bahawa mereka akan lakukan saringan secara berperingkat dalam pemilihan produk. Ia adalah untuk memastikan yang produk-produk yang akan dipasarkan di bawah naungannya menepati piawaian dan standard yang ditetapkan supaya produk-produk tersebut mudah dipasarkan dan sudah mendapat tempat di kalangan pengguna dan rakyat tempatan. Pastinya sedap, berkualiti dan halal.
Sudah semestinya Mak tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan beberapa produk kegemaran - terutamanya acar ikan masin dan sambal tomato by Aluya. Ada sambal homemade ni, memang tak payah hadap lauk lain; nasi, telur goreng, sambal and kicap. Memang diet letak tepi ;) Tak lupa juga biskut keluaran Yusa Food Product sendiri dan pelbagai jenis kerepek serta rencahan yang memudahkan dan menjimatkan masa proses memasak. 
Bagi Mak, usaha seperti ini sangat membantu usahawan-usahawan IKS kita bersama-sama melebarkan sayap mereka dan sudah tentu memudahkan konsumer mendapatkan pelbagai barangan semua di bawah satu tempat. Untuk pengetahuan lanjut dan promosi Yusa Food Trading Sdn Bhd, ikuti mereka di laman sosial FB: Yusa Food Products atau Instagram: Yusa Food Products.

Mari ke Cookies by Yusa dan sokong produk tempatan!

Comments

  1. Bestnye maklin borong macam2.. susah taw nak cri produk IKS one centre ni.

    ReplyDelete
  2. Banyak tu borong mak. Macam-macam ada ye

    ReplyDelete
  3. Acar Ikan Masin mmg favorite Sally la...sebotol bawak balik rumah, abang Sally habiskan! Rasa nak sekeh kepala dia, kita baru makan sekali tgk botol dah kosong...haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.