SOLUSI KECANTIKKAN IMAAN: SERUM SUSUK BERADU & ZERO BELLY FRUITEA DAILY DETOX

Mempunyai wajah yang jelita dan bentuk badan yang ramping memang menjadi impian setiap wanita. Hari ini Mak Lin nak berkongsi tentang 2 produk kecantikkan yang telah Mak Lin rasai sendiri keberkesannya dari Imaan World, iaitu: Serum Susuk Beradu dan Zero Belly Fruitea Daily Detox.

SERUM SUSUK BERADU: 24K Gold Intense Facial Serum (NOT180105005K)
Eh jangan takut dengan perkataan susuk. Susuk hanya pada nama tau. Jadi tak payah risau nak berpantang-pantang tak boleh lalu bawah ampaian, makan sate dan sebagainya ;)

Kenapa Serum Susuk Beradu ini sesuai diguna bersama dalam regimen penjagaan wajah anda? Sebab ia mengandungi cecair serum emas 24K yang membantu:

✓ Menegangkan dan memudakan kulit.
✓ Melambatkan penipisan kolagen dan meransang kolagen baru.
✓ Merawat kerosakan akibat sinar matahari.
✓ Meningkatkan keanjalan kulit
✓ Memudarkan jeragat dan kesan jerawat
✓ Mengurangkan kedutan
✓ Melambatkan penuaan kulit

Menarik kan? Selain itu, ianya mengandungi esktrak oren dan lemon, Hyaluronic Acid dan Protein soya yang membantu mencerah, melembab dan meransang penghasilan kolagen.

Bila sapu pada wajah, ia cepat meresap dan kita dapat rasa instant lifting and firming effect. Cara Mak Lin guna, titiskan di dahi, kedua belah pipi, hidung dan dagu. Kemudian urut keatas sehingga serum meresap. Tidak lupa juga bahagian leher ya. Mak Lin pakai 2 kali sehari, siang dan malam.

Selepas 2 minggu penggunaan, Mak Lin dapat merasakan perubahan positif. Kulit kurang berminyak, lebih anjal dan bekas-bekas parut jerawat beransur pudar. Kalau pakai foundation, tekstur kulit nampak halus dan bersinar keemasan bak Cleopatra!

Harga sebotol Serum Susuk Beradu RM60/10ml.

IMAAN ZERO BELLY FRUITEA DAILY DETOX: Teh Kurus :)
Comel packaging Imaan Zero Belly Fruitea Daily Detox ni sebab dia datang dalam tumbler yang boleh digunakan. Dalam tumbler berlogo chubby bear ni, 5 uncang dibungkus dalam 1 peket aluminium dan ada 5 peket semuanya (25 uncang teh; biar Mak do the maths)

Belek punya belek, oh patutlah. Imaan Zero Belly Fruitea Daily Detox ni diproses secara natural serta dikilangkan di premis yang mempunyai GMP & ISO (9001 / 22716) yang mendapat pensijilan daripada MELAKA BIOTECH CORP yang diiktiraf KKM. Jadi InsyaAllah selamat.

Manfaatnya, Imaan Zero Belly Fruitea Daily Detox ni membantu:
✓ Melawaskan sistem pencernaan;
✓ Detoksifikasi;
✓ Meningkatkan sistem imunisasi badan;
✓ Mengawal gula dalam badan.

Isi kandungan Zero Belly Fruitea Daily Detox: durian belanda, markisa, mulberi, daun gelenggang dan daun teh.

Rasanya pahit dan kelat sedikit tapi bearable, bau durian belanda dan markisa yang paling menyerlah. 5-6 kali juga Mak topup air, Mak biarkan sahaja uncang teh di dalam tumbler sepanjang hari.

Cara Penyediaan: 1 uncang + 1 tumbler air.1 uncang boleh diguna semula sebanyak 2 kali.

Kalau ikut arahan penggunaan di website Imaan World, yang ada masalah pencernaan; minum 1 atau 2 uncang setiap hari. Untuk kurangkan berat badan; minum 2 uncang 2x sehari dan indvidu yang nak kekalkan berat badan sedia ada; minum 3x seminggu. Tapi kalau ikut Mak, 1 uncang sehari pun dah cukup "power". Urusan "tandas" bergerak lancar tanpa perut memulas. Tentang penurunan berat badan tu, Mak belum lah timbang lagi tapi memang badan terasa ringan, kurang sebu dan berangin. The best part, teh ini sesuai untuk ibu menyusu macam Mak. Tak ada kesan pun pada penghasilan susu atau anak Mak. Cuma suka Mak ingatkan kesan teh ini berbeza pada setiap individu ya. Di sini, Mak ceritakan apa yang Mak rasa.

Harga Imaan Zero Belly Fruitea Daily Detox: RM55/25 uncang teh dan didatangkan sekali dengan tumbler (pilihan warna: merah jambu, hijau dan biru)

Kedua-dua produk di atas boleh dibeli di laman sesawang Imaan World. Untuk maklumat lanjut tentang produk dan promosi, ikuti Imaan World di:

Website: www.imaanworld.com
Hotline: +6019 286 2828

Till then, Salam dan sejahtera.

Comments

  1. susuk moden takpayah nakcucuk sana cucuksini.. main sapu je dah boleh cantik
    tapi kena lah konsisten kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.