Dookki: Buffet Topokki Korea di R&F Mall Johor Bahru

If you are first-timer to try a Korean Food or still hesitate whether sedap ke tidak? Kena dengan tekak ke tidak? Mak would say - YES, PLEASE TRY. Actually Mak bukan la die-hard-fan Korea, but I do love food and of course Korean Dish will always be on top 5 list.

So, last week we try this one Korea restaurant: Dookki Malaysa. Basically diorang serve topokki buffet for your first meal and Korean Fried Rice for the second meal - which you need to cook by yourself. Kalau taknak makan buffet, Ala-carte pun ada macam Fried Rice, Topokki, Rapokki, Ramyeon and macam-macam appetiser - Japchae, Tokochi, Fish cake skewer, Kimmari, Fish cake soup, kimchi and vegetable mandu semua dah siap masak.

101 guide on 1st Meal: Topokki

Kalau korang selalu tengok cerita Korea, confirm tahu passal street-food ni. Topokki sebenarnya potongan kek beras yang lembut dan kenyal, dimakan dengan sos pedas atau manis mengikut citarasa masing-masing la. Boleh je masukkan macam-macam bahan sekali, sayur ke, ayam ke, crabstick ke dan lain-lain. So, dekat Dookki ni you can expect a lot of bahan-bahan yang kita boleh pilih untuk di makan bersama. 



The best part is, you can choose between 5 different sauce ikut selera dan tahap kepedasan yang awak nak. So, bolehlah bawa anak-anak makan sekali kan? 

Cara nak masak toppokki ni simple je.

1. Didihkan sup di dalam periuk yang disediakan.

2. Sementara sup mendidih, pilih rice cake dan bahan-bahan lain in moderate.

3. Pilih sos.

4. Masukkan sos kedalam periuk sup tadi beserta semua bahan dan biar mendidih seketika. Siap untuk dimakan.

Bagi penggemar cheese, boleh add-on "Double Cheese Ring" macam Mak ni. Puas makan dan tak muak pun. 

101 guide on 2nd Meal: Korean Fried Rice

Yang kedua senang je. Lepas dah makan topokki kan ada leftover kuah. So kita pergi another kaunter untuk ingredient nasi goreng. Ada nasi dah siap masak, kimchi, jagung dan kepingan ayam. Ambil semua tu dan letaklah soy sauce and minyak bijan sikit dan tuang terus dalam baki kuah toppokki tadi. 


Gaul dan siap dimakan!


Kalau awak suka cheese, boleh add-on Snow Cheese (+RM9.80) macam mak ni. akan pulak dengan leftover soup topokki tadi. Memang teringat-ingat!

Korang jangan lupa datang sini tau, memang sedap dan berbaloi. Mak dah 2-3 pergi. Dekat je di R&F Mall Johor Bahru sini. Parking senang, and 2 jam pertama parking percuma.

Dookki Malaysia Johor Bahru R&F Mall

Lot 1-117& 1-118, 1, Jalan Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor

07-276 1156

(Google Map)

Harga sebenarnya RM35.80 untuk dewasa dan RM18.80 untuk kanak-kanak (110cm-140cm). Tapi sekarang ni tengah promosi tau. Harga seperti di bawah:

Cuma jangan lupa habiskan apa yang awak orang ambil. Kalau tak habis, kena penalti RM20!

1 comment:

  1. Adoii mak. Kite pun cheese lover. Kena pegi ni makanan semua nampak sedap

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.