SAINS DAN TEKNOLOGI: DR SYID DAN PHYTAX

Secara amnya, Diabetes ialah penyakit jangka masa panjang yang disebabkan oleh badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi, atau tidak dapat menggunakan insulin dengan betul. Anda perlu diperiksa untuk diabetes jika anda ada simptom-simptom menandakan diabetes, contohnya, keletihan, sangat dahaga, sering membuang air kecil, sangat lapar, hilang berat badan, luka sembuh dengan perlahan dan penglihatan kabur. 

Jika anda tiada simptom-simptom, anda patut diperiksa jika berat badan anda berlebihan atau obes, dan mempunyai faktor-faktor risiko seperti mempunyai ahli keluarga (ayah, ibu, kakak, abang) yang menghidap diabetes, sejarah penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, pernah mengalami diabetes gestasi, mengambil ubat-ubat tertentu, atau tidak ada banyak aktiviti fizikal. Jika semua yang tertera di atas tidak melibatkan anda, anda masih patut diperiksa untuk diabetes setiap tahun jika anda berumur 30 tahun dan ke atas lebih.

Angka pesakit diabetes jenis 2 meningkat dengan begitu drastik di zaman moden ini. Pada tahun 2019, dianggarkan terdapat lebih dari 3.9 juta orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes. Angka ini akan disusuli dengan pelbagai statistik penyakit penyakit yang timbul akibat komplikasi diabetes seperti sakit jantung, sakit buah pinggang dan sebagainya. 

(Sumber: NHMS 2019)

Diabetes jenis 2 adalah diabetes jenis yang paling kerap berlaku, mewakili 90 - 95% dari jumlah keseluruhan pesakit diabetes. Ia adalah antara penyakit gaya hidup yang paling menggerunkan kerana ia datang dalam senyap dan boleh mencetus pelbagai komplikasi yang boleh menjejaskan kualiti hidup penderitanya. Tidak hairanlah di Malaysia hampir separuh dari mereka tidak menyedari mereka mengalaminya. Sudah tentu di sini, selain dari mengawal tahap gula dan usaha untuk mengundurkan  diabetes, perkara pokok yang perlu diberi perhatian ialah pemulihan dalaman terhadap komplikasi diabetes yang telahpun berlaku pada sistem dan organ tubuh badan. 

Pesakit diabetes harus sedar bahawa menurunkan dan mengawal paras gula pada tahap optima semata-mata tidak mencukupi untuk mencegah diri anda dari mengalami risiko komplikasi diabetes seperti sakit jantung, kerosakan ginjal dan sebagainya. Pelbagai faktor lain terutamanya faktor keradangan juga perlu diberi perhatian akibat gejala hyperinsulinisme yang mana lebihan insulin ini menjadi punca toksik kepada badan. 


Satu lagi prinsip yang pesakit diabetes harus akur ialah diabetes tidak berpunca dari kurang makan ubat atau kurang suntikan insulin mahupun kurang suplemen/vitamin. Ia berakar umbi dari penjagaan gaya hidup selama ini yang dicuaikan oleh diri sendiri. Oleh itu, bagi membalikkan dan menyembuhkan diabetes, perkara utama ialah harus komited untuk merubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Ini terutamanya untuk menjaga pemakanan dan senaman yang harus dilakukan secara istiqomah. 


Berbalik kepada suplemen, Dr Syid yakin peranannya amat penting dalam proses membaikpulih sistem dalaman badan serta membantu tubuh anda untuk kembali pulih dari penyakit diabetes. Beliau telah meletakkan kepentingan fitonutrisi sebagai anugerah semulajadi yang boleh dijadikan sokongan kepada mencegah punca, komplikasi dan cara bagaimana untuk mengatasi diabetes. 


Antara kebaikan fitonutrisi adalah bertindak sebagai telomerase activator. Melalui Kajian Landmark Telomere Shortening yang memenangi Anugerah Nobel pada tahun 2009, kajian mendapati pemendekkan telomere (unit kecil DNA) pada kromosom manusia dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik seperti Diabetes, penuaan pra-matang, kanser dan Alzheimer. Telomere shortening ialah teori yang dibentangkan oleh Dr Elizabeth Blackburn yang memenangi anugerah Nobel (Medical Physiology) pada tahun 2009 yang melibatkan 4,659 kajian saintifik yang didokumenkan melibatkan 734 saintis tersohor dari 13 buah negara. 


Telomere ialah penghujung (penutup) kromosom yang akan menjalani proses replikasi membentuk sel baru. Setiap kali proses ini berlaku telomere akan semakin pendek hinggalah ia pupus sama sekali menyebabkan DNA terurai. Keadaan ini boleh melemah dan mematikan sel. Ditambah dengan faktor luar seperti stres, toksin dan gaya hidup yang tidak sihat mempercepatkan proses pemendekkan telomere. 

Melalui revolusi dunia sains, pemendekkan telomere dapat diatasi melalui penghasilan enzim telomerase. Enzim ini bertindak mengunci pemendekkan telomere sekaligus memanjangkan semula telomere sedia ada. Tindakan mengunci ini akan mengekalkan kesihatan sel baru setiap kali berlakunya proses replikasi. Manakala tindakan memanjangkan telomere yang pendek pula akan mengembalikan sel sakit menjadi sel yang lebih sihat selepas berlakunya replikasi. Ini adalah proses penyembuhan sel yang membolehkan penyakit dipulihkan kembali. Fitonutrisi adalah bahan didapati boleh merangsang perembesan telomerase (bertindak sebagai telomerase activator). Bahan yang bersifat telomerase activator adalah resveratrol dari biji anggur, epigallocatechin gallate dari daun teh hijau dan pycnogenol dari kulit pokok pain. Kombinasi nutrisi telomerase activator ini membantu melindungi DNA dari kerosakan, menyokong penghasilan DNA untuk menghasilkan sel sihat serta memulihkan sel-sel yang sakit. Ini membuktikan khasiat fitonutrisi ini memainkan peranan penting terutamanya bagi penghidap diabetes. 


Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya apabila usia semakin meningkat dan lebih lebih lagi jika anda sudah mengalami penyakit seperti diabetes. Walaupun ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan semulajadi. Sebarang pengambilan suplemen atau vitamin hanya akan menghasilkan air kencing yang mahal apabila ia dikumuhkan, beliau kurang bersetuju dengan saranan tersebut. 

Ia mungkin benar jika kita hidup bebas pencemaran, sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat, segar dan bebas dari pencemaran terpaksa (seperti kandungan raksa dari ikan dan kandungan racun serangga dari sayuran dan buahan), berada pada usia muda yang mana semua fungsi sistem dan organ badan masih tip-top, memiliki sistem imun yang tiada cacat cela termasuk penghasilan antioksidan semulajadi yang tidak semakin menurun dengan usia, dan kita menjalani gaya hidup sihat yang optima tanpa stres. 

Semua itu sebenarnya susah untuk  direalisasikan dalam kehidupan sebenar terutamanya di zaman moden ini yang banyak sangat  pendedahan diri kepada makanan terproses (junkfood), pencemaran yang berleluasa, stres  kehidupan, pola hidup yang kurang aktif dan banyak lagi faktor yang sememangnya jauh dari  model kehidupan yang menjayakan amalan gaya hidup sihat.  

MAKAN DURIAN BERLEBIHAN MENGAKIBATKAN USAHAWAN INI HAMPIR JALANI RAWATAN DIALISIS


4 tahun disahkan menghidap kencing manis, darah tinggi dan perlu mengambil ubat untuk masalah buah pinggang. Namun begitu, En Nazir masih tetap ambil mudah tentang penjagaan kesihatan beliau. Malah, beliau telah lama tidak membuat pemeriksaan kesihatan sehingga tidak mengetahui status kesihatan buah pinggang. 

Risau dengan keadaan ayah yang sering stres, cepat letih dan mudah penat setiap kali pulang dari kerja, anak kesayangan mengesyorkan En Nazir untuk mengikuti program Diabetic Challenge. Apa yang mengejutkan, bacaan gula darah En Nazir sewaktu saringan awal sebelum program bermula adalah sangat tinggi iaitu 23.5mmol/l. Manakala ujian darah pula menunjukkan bacaan GFR berada di tahap 3B. Jika tidak dikawal, En Nazir berisiko untuk memasang ‘tapak’ bagi menjalani rawatan dialisis. 

Doktor menasihatkan En Nazir untuk menjaga pemakanan dan bersenam agar bacaan GFR tidak menjadi lebih teruk. Namun begitu, kecintaan terhadap pulut, durian, nasi dagang dan ais krim membuatkan En Nazir melanggar segala nasihat dan pesanan doktor. Inilah kesilapan yang beliau kesalkan sehingga menjadi penyebab kepada keadaan masalah buah pinggang beliau menjadi semakin kronik dan hampir perlu menjalani dialisis. 


Setelah menyedari betapa gentingnya keadaan kesihatan beliau dan risiko yang bakal dihadapi, En Nazir bertekad untuk mulai menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Untuk membantu mengawal bacaan gula darah, anak beliau telah mengesyorkan untuk mencuba Eskayvie Phytax sebagai suplemen tambahan. Rasa Eskayvie Phytax yang enak dan sedikit masam seperti buah anggur memudahkan En Nazir untuk mengamalkannya setiap hari. Sepanjang hidup, inilah kali pertama En Nazir mengamalkan suplemen dan Eskayvie Phytax adalah satu-satunya suplemen yang diambil. 

Terkejut melihat hasil bacaan gula darah berjaya turun di bawah 5.5 mmol/l selepas mengamalkan Eskayvie Phytax, beliau turut ingin memperbaiki bacaan GFR agar berada di tahap yang terbaik dan tidak perlu menjalani dialisis. Meskipun En Nazir masih lagi menjadi hantu durian, tetapi kini beliau lebih berhati-hati dalam setiap pengambilan dan terus kekal aktif bersenam bersama sokongan suplemen yang telah membantu mengekalkan bacaan gula darah beliau di bawah 5.5mmol/l. 

Kini En Nazir berjoging setiap hari. Apa yang paling menggembirakan, En Nazir tidak lagi perlu makan apa-apa ubat dan terus mengamalkan Eskayvie Phytax sebagai suplemen harian. Sokongan daripada anak dan isteri yang sentiasa peka dengan aktiviti En Nazir telah memberikan motivasi kuat untuk beliau terus menikmati kehidupan yang lebih bererti. 

Sebenarnya, pesakit kencing manis harus sedar bahawa menurunkan dan mengawal paras gula pada tahap optima semata-mata tidak mencukupi untuk mencegah diri daripada mengalami risiko komplikasi kencing manis seperti sakit jantung, kerosakan ginjal, strok, sakit saraf dan buta. Pelbagai faktor lain terutamanya faktor keradangan juga perlu diberi perhatian akibat gejala hyperinsulinisme yang menjadikan lebihan insulin ini menjadi punca toksik kepada badan. Bagi membalikkan dan menyembuhkan kencing manis, perkara utama yang pesakit harus lakukan ialah mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat terutamanya daripada segi menjaga pemakanan dan senaman yang harus dilakukan secara istiqomah. 

Selain itu, pengambilan suplemen juga mempunyai peranan yang amat penting dalam proses membaikpulih sistem dalaman badan serta membantu tubuh anda untuk kembali pulih daripada penyakit kencing manis. Sumber fitonutrisi yang terdiri dari buahan dan tumbuhan adalah anugerah semulajadi yang boleh dijadikan sokongan kepada mencegah punca, komplikasi dan cara bagaimana untuk mengatasi kencing manis. Fitonutrisi ini boleh didapati di dalam Eskayvie Phytax. 


Hilangkan kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga dengan Eskayvie Phytax. 

BONUS: Konsultasi dan bimbingan PERCUMA selama 14 hari bersama Doktor Perubatan, Nutritionist dan Dietitian di program Kawal Kencing Manis. 

Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari 

Website: www.kawalkencingmanis.com 

Comments

  1. Mungkin boleh cuba bagi yang nak mengurangkan diabetes kan... Rawatan alternatif...

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.