Lazada Malaysia

Friday, October 5, 2018

AHA.BHA.PHA 30 DAYS MIRACLE DARI SOME BY MI REVIEW

AHA.BHA.PHA 30 DAYS MIRACLE DARI SOME BY MI REVIEW
AHA.BHA.PHA 30 DAYS MIRACLE DARI SOME BY MI REVIEW | Untuk rakyat marhaen macam Mak ni, bila terfikir tentang asid dalam regimen penjagaan muka je, kita mesti membayangkan perasaan; oh tidak! takkan nak pakai asid yang pedih dan menghakis dekat muka? Usah gusar, hari ini kita naik taraf sikit pengetahuan kita tentang asid-asid bermanfaat untuk kecantikkan kulit wajah. Boleh?

FUNGSI AHA, BHA dan PHA
AHA - Sifatnya yang hidrofilik (suka air) membolehkan AHA menembusi lapisan kulit dan bertindak memutuskan ikatan antara sel bagi memudahkan proses pengelupasan berlaku.

BHA - Yang paling biasa, Salicylic Acid (SA) yang bersifat lipophilic (suka lemak). BHA boleh menembusi lapisan minyak pada kulit muka dan membersihkan folikel daripada kotoran dan sel kulit mat yang menjadi punca masalah jerawat.

PHA - Lebih kurang macam AHA fungsinya, cuma saiz molekul PHA lebih besar daripada AHA. Efektif dan kurang iritasi sesuai untuk kulit sensitif. 

Dengan penggunaan AHA, BHA dan PHA sebagai regimen penjagaan kecantikkan; ianya membantu mengurangkan jerawat, pigmentasi dan tanda-tanda penuaan! Terutamanya garisan-garisan kedut nakal di muka ;) Jadi, macam mana nak guna asid-asid ni? 

AHA.BHA.PHA 30 DAYS MIRACLE DARI SOME BY MI
Sejak pertengahan tahun ni lagi, Mak tengok beberapa review positif dari beauty guru/beauty junkie tentang produk penjagaan muka korea - Some By Mi yang terkenal dengan produk; 30 Days Miracle Toner dan 30 Days Miracle Cleansing Bar. It claim dengan penggunaan berterusan, kulit muka bersih dan sihat dalam masa 30 hari! Siapa yang tak nak kan? So, Mak decided to try it out myself-lah.
AHA.BHA.PHA 30 DAYS MIRACLE DARI SOME BY MI REVIEW
CLEANSING BAR 106g / RM70 
Membersihkan kulit serta pori dengan mendalam tanpa iritasi. Hasilnya, kulit lebih bersih, cerah dan lembab. Mengandungi 10,000 PPM daun teh, AHA, BHA, PHA, Niacinamide 2% serta 20 jenis estrak tumbuhan yang memberi manfaat pada kulit seperti minyak zaitun dan argan (ECOCERT).

Cara penggunaan: Disertakan sekali bubble-maker/facial foaming net yang menghasilkan buih halus dan  untuk pembersihan kulit yang lebih efektif. Masukkan sabun didalam jaring dan gosok dengan air sampai buih terhasil, sapu dan cuci muka seperti biasa. Bilas dengan air suam/sejuk.
AHA.BHA.PHA 30 DAYS MIRACLE DARI SOME BY MI REVIEW
TONER 150ml / RM60
Membantu proses pengelupasan secara mendalam dan lembut. Formulasi tanpa 20 bahan merbahaya. Sesuai untuk jenis kulit. pH 5.5 (sedikit asidik), bagi menyeimbangkan pH semulajadi kulit selepas dicuci serta menghalang pembentukkan cela. Hasilnya kulit lebih cerah, lembut seperti kulit bayi selepas 30 hari!

Cara penggunaan: Selepas membersihkan muka, gunakan kapas muka/sapu terus pada muka dan tepuk-tepuk sikit bagi toner menyerap pada kulit.
AHA.BHA.PHA 30 DAYS MIRACLE DARI SOME BY MI REVIEW
SERUM 50ml / RM80
Mengandung 14.5% Centella Asiatica (Daun Pegaga) dan 10,000 PPM daun teh yang membantu menenangkan kulit bermasalah.

Cara penggunaan: Goncang sebelum guna. Titiskan 3-4 titik serum dan sapu ke wajah. Kemudian tepuk-tepuk dengan perlahan menggunakan jari jemari anda.
AHA.BHA.PHA 30 DAYS MIRACLE DARI SOME BY MI REVIEW
CREAM  50ml / RM80
Pelembab kulit. Melindungi kulit dari pencemaran, kotoran yang menyebabkan iritasi. Mengandungi 70,000 PPM Centella Asiatica (Daun Pegaga), 10,000 PPM daun teh dan 4-Cica Care (Asiatic Acid, Asiaticoside, Madecasic Acid dan Medecasoside) yang sangat bertindak sebagai pelindung kulit yang berkesan dan membantu kulit bermasalah.

Cara penggunaan: Ambil sedikit dan sapu lembut ke kulit wajah.

Selepas menggunakan regimen ini, Mak rasa ia sangat sesuai dengan Mak. Kulit muka lebih cerah, tona sekata, tiada iritasi dan terasa lebih segar. Jerawat minggu lepas dah tak ada lansung, bekas pun tak ada. Cepat betul kulit Mak turnover. Mak sangat syorkan korang untuk guna regimen Some By Mi. Tak perlu risau sebab dia dijamin selamat oleh KFDA dan dermalogically-tested. CUMA, JANGAN LUPA UNTUK GUNA SUNBLOCK tau. Tak kira apa pun asid/agen pengelupasan yang awak guna, jangan lupa pakai sunblock. Sebab lepas pengelupasan, kulit sedikit nipis dan ambil masa untuk baik pulih. Kalau tak pakai sunblock, dikhuatiri pigmentasi dan jerawat lebih "mengganas" ;) Sebenarnya kalau tak pakai regimen ni, memang wajib pakai sunscreen kan. Bahaya tau UVA UVB and all, inilah punca muka cepat tua. Dan pastikan produk yang anda beli, original OK? Nanti after a month, InsyaAllah Mak update selfie before and after.

Untuk info lanjut, layari
Website:
http://www.kbeautyluxury.com
www.somebymi.my

Facebook:
https://www.facebook.com/kbeautyluxury/

Instagram: 
kbeautyluxury.my

Contact No : 
019 - 3873526

Till then, Salam!

1 comment:

farhanna jafri said...

tak pernah tahu pulak brand ni tapi simplenya packaging dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...