Khidmat Bantuan Bas Sekolah Percuma

KHIDMAT BANTUAN BAS SEKOLAH PERCUMA OLEH KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN (KWP) DAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)
Khidmat Bantuan Bas Sekolah Percuma
Peningkatan harga tambang bas sekolah di Kuala Lumpur semakin meningkat saban tahun akibat peningkatan kos bahan api. Jadi sebagai usaha mengurangkan beban rakyat, sejak awal tahun lalu Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah menyediakan perkhidmatan Bantuan Bas Sekolah Percuma kepada semua anak-anak yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sekitar ibu negara. Alhamdulillah bantuan ini telah masuk tahun kedua bahkan Kementerian Wilayah Persekutuan melalui DBKL telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta bagi operasi Bantuan Bas Sekolah Percuma di seluruh Wilayah Persekutuan pada tahun ini.

PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH PERCUMA KEPADA PELAJAR SEKOLAH PPR/PA DBKL
Khidmat Bantuan Bas Sekolah Percuma PA
"Sebelum kerajaan memperkenalkan inisiatif ini, kami terpaksa membiayai kos pengangkutan seperti menyewa van sehingga mencecah RM300 sebulan untuk seorang anak. Jika dikira jumlah anak, itu sudah cukup menghimpit kami yang hanya mempunyai pendapatan bulanan yang sederhana,” - Rosmawati Azman, 35 (PA Flat Seri Sabah)
Khidmat Bantuan Bas Sekolah Percuma
Khidmat Bantuan Bas Sekolah Percuma
Ibu bapa menghantar anak-anak menaiki bas sekolah percuma yang disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Setakat ini, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah menyediakan 165 buah bas bagi kegunaan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang tinggal di 74 PPR dan PA sekitar ibu negara dan kos yang diperuntukkan untuk setiap pelajar ialah RM80. Bagi pelajar yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah percuma itu, mereka hanya perlu memakai lanyard yang dibekalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada mereka ketika mendaftar dan memakai pakaian seragam sekolah ketika menaiki bas sekolah berkenaan.

Dengan bantuan ini walaupun sedikit, diharapkan bebanan perbelanjaan bulanan keluarga dapat dikurangkan dan pendapatan seisi keluarga akan lebih baik. Ini menunjukkan pihak kerajaan meyedari kepayahan rakyat yang terjejas akibat ketidaktentuan ekonomi. Malah, rata-rata menyifatkan kemudahan tersebut merupakan bantuan yang diperlukan dan ia terus dimanfaatkan oleh golongan sasar khususnya penduduk yang tergolong dalam kalangan berpendapatan rendah.

Untuk rekod, kini anak-anak penghuni Projek Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam DBKL berpeluang menggunakan perkhidmatan Bantuan Bas Sekolah Percuma seperti yang diminta oleh Timbalan Perdana Menteri DS Zahid Hamidi tahun lepas dan direalisasikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan DS Tengku Adnan Tengku Mansor. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada kerajaan persekutuan atas perlaksanaan janji kerajaan bagi mengutamakan rakyat ;) #KetuaKampungKL #HebatkanNegaraku #AkarUmbiBinaNegara

Comments

  1. bagus lah mengurangkan kos sara hidup

    ReplyDelete
  2. Tahniah DBKL untuk usaha sebergini. Semoga akan lahir anak-anak yang cinta dan suka pergi sekolah

    ReplyDelete
  3. terbaik mengurangkan kos sara hidup sekarang

    ReplyDelete
  4. Khidmat bas percuma ni sangat membantu para ibubapa dalam meringankan bebanan kos sara hidup skrg.

    https://theinfinitywords.blogspot.my/2018/05/unboxing-open-pages-box-malaysian.html

    ReplyDelete
  5. Dpt ringankan beban mereka yg memerlukan

    ReplyDelete
  6. Beruntung warga KL . Macam nina ni anak 5, Jimat banyak...!!

    ReplyDelete
  7. Baru tahu ada bas sekolah percuma ni. Bagus la

    ReplyDelete
  8. menarik program ni ...
    membantu mengurangkan beban parents bayar yuran bas ...

    ReplyDelete
  9. Bagus program ni. At least dapat bantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan

    ReplyDelete
  10. Dia provide untuk PPR je kan?
    Kalau tak silap now register dekat sekolah je...

    ReplyDelete
  11. bas sekolah percuma..bestkan program mcm ni..ibu bapa pun seronok sbb at least ringan beban mereka nak byr yuran bas sekolah

    ReplyDelete
  12. bestnya..pelajar dapat kemudahan..parents tuh x perlu risau

    ReplyDelete
  13. Percuma???? Wow.. baguslah, jimat duit ibubapa bayr tambang bas skolah setiap bulan :)

    ReplyDelete
  14. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  15. skg ni mana jumpa yg percuma dah, paling dkt pun hrga rm30, huhu

    ReplyDelete
  16. good sharing info,mak..biar ramai orang tahu pasal program ni...yg mana layak boleh la mohon...

    ReplyDelete
  17. Program yg bagus utk golongan kurang kemampuan dan PBT lain pun patut ambik contoh kan

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah dapat meringankan beban

    ReplyDelete
  19. bagus sangat ni, dah jimat bab pengankutan ke sekolah anak.

    ReplyDelete
  20. Syukur dapat membantu parents saving kos pengangkutan. Diharap dapt diperluaskan lagi kawasan.

    ReplyDelete
  21. boleh bayang senyuman depa naik bas sekolah percuma :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.