Kelas Program Pemulihan Literasi Percuma
Pernah tak kita rasa satu macam "sesak" kat dada bila tengok anak kawan sebaya anak kita dah lancar baca buku cerita, tapi anak kita nak eja "B-E-L-A-J-A-R" pun masih garu kepala?
As a mom, kita mula fikir macam-macam. "Cikgu tak ajar ke?" atau "Aku ni tak cukup bimbing anak ke?" Relaks, parent. Setiap anak ada pace atau kelajuan masing-masing. Macam kitalah, ada orang cepat belajar masak, ada orang sampai sekarang goreng telur pun hangit, kan?
Tapi, kalau anak dah masuk Tahun 1 sampai Tahun 4 tapi masih keliru huruf 'b' dan 'd', atau payah nak sambung suku kata, itu tandanya mereka perlukan bantuan kita.
Berita Baik: Pandai.org Nak Bantu Secara PERCUMA!
Baru-baru ini, Pandai lancarkan Program Pemulihan Literasi. Program ni bukan main tangkap muat tau, ia disusun ikut silibus Pemulihan Khas KPM.
Apa yang best sangat tentang program ni?
Ujian Diagnostik (Nilai Tahap Anak): Sebelum kita nak baiki, kita kena tahu apa yang rosak. Ujian ni bantu kita tahu kat mana anak kita stuck. Tak perlu teka-teka lagi!
Latihan Berperingkat: Dia mula dari kenal huruf besar/kecil (Perintis Bahasa) sampailah jadi 'Pendeta Bahasa'. Step-by-step, tak adalah anak rasa stress kena paksa baca novel terus.
Belajar Sambil Main: Ada kuiz, aktiviti interaktif, dan bahan bacaan yang tak membosankan. Anak-anak zaman sekarang kan 'celik tech', jadi cara ni paling berkesan.
Cikgu LINUS: Kandungan ni dibangunkan oleh pakar yang memang hari-hari hadap murid pemulihan.
Macam Mana Nak Mula?
Langkah 1: Buka/Download App Pandai.
Langkah 2: Login & Klik 'Class'.
Langkah 3: Pergi ke 'Browse Class'.
Langkah 4: Pilih Program Pemulihan Literasi.
Dan yang paling paling penting... IA PERCUMA. Kita sebagai ibu bapa mestu buat pilihan yang terbaik untuk masa depan anak. Tak perlu tunggu anak kena panggil masuk kelas pemulihan kat sekolah baru nak bertindak. Kita buat early intervention kat rumah sekarang.
Jom kita bagi anak kita hadiah "Keyakinan Diri" bila mereka mula boleh membaca nanti. Klik link kat kat sini dan daftar okay?

Comments
Post a Comment