Monday, April 30, 2018

PROGRAM CSR BAITI-JANNATI @ WILAYAH PERSEKUTUAN

Program Baiti Jannati Wilayah Persekutuan
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Asnaf di bandar atau Miskin Bandar, istilahnya kelihatan janggal, namun itulah realiti sebahagian besar penduduk PPR di ibu kota, Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada para penaja, Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan yang telah memberikan impak yang sangat besar kepada penerimanya sejak ianya dilancarkan.

Dilaksanakan dengan pendekatan strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sejak 2016, Program CSR Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan merupakan inisiatif tanggungjawab sosial hasil kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Wilayah Persekutuan, syarikat-syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Program bermakna "rumahku syurgaku" ini bertujuan memberi harapan, semangat di kalangan ahli keluarga, serta menyediakan rumah yang selamat dan selesa menjadi satu asas pembangunan serta keharmonian keluarga.
PROGRAM BAITI-JANNATI @ WILAYAH PERSEKUTUAN MEMBANTU RAKYAT MISKIN DAN MEMERLUKAN
Secara amnya, para penerima dipilih berdasarkan kriteria miskin bandar iaitu orang kurang upaya, berpenyakit kronik, bapa /ibu dengan tanggungan anak ramai serta golongan susah yang tidak mampu membayar sewa. Kediaman tersebut siap diubah suai dan dibaik pulih serta dilengkapi perabot (set sofa, meja makan, almari pakaian, tilam, kabinet dapur) dan barangan elektronik seperti peti sejuk, mesin basuh serta TV.

Syarat-syarat Penerima Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan
Sebagai asas pemilihan, calon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 5 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  • Tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah, penagihan dadah, gila dan sebagainya.
  • Tidak mempunyai rumah atau tanah di Wilayah Persekutuan.
  • Diberi keutamaan kepada warga emas, OKU, ibu/bapa tunggal dan penghidap penyakit kronik.

Pemilihan dan Saringan
Keutamaan peserta Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan terdiri daripada penyewa-penyewa rumah PPR MTEN dan PA DBKL mengikut pendapatan isi rumah per kapita seperti berikut:

  1. Pemilihan Penerima dilaksanakan melalui bancian secara telus dengan melibatkan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  2. Bagi golongan asnaf, pemilihan penerima dilaksanakan melalui bancian dengan melibatkan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  3. Syarat-syarat dan Moratorium dikenakan kepada penerima bagi mengelakkan penerima menjual rumah yang diterima.
  4. Perjanjian jual beli dan pindahan hak milik diantara DBKL dan individu penama disediakan.

PERLAKSANAAN BAITI JANNATI @ WILAYAH PERSEKUTUAN
Perlaksanan utama Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan adalah membaik pulih serta menaiktaraf infrastruktur rumah-rumah asnaf untuk memberikan suasana yang lebih kondusif kepada keluarga tersebut. Setiap rumah berkenaan dibaik pulih semula termasuklah aspek pendawaian elektrik, penggantian kipas dan lampu di setiap bilik dan ruang tamu, mengecat keseluruhan rumah dan pemasangan laminated floor. Perabot-perabot asas yang baru seperti sofa, tilam, katil, meja makan dan kabinet dapur serta barangan elektrik seperti telivisyen, mesin basuh dan peti ais turut dilengkapkan. Anggaran kos purata bagi menjayakan program ini yang merangkumi kos rumah, kos baik pulih dan barangan elektrik adalah di antara RM65000 – RM70000 seunit.

Program ini telah dimulakan pada tahun 2016 dengan kerjasama pihak TNB dan DBKL kepada 23 penerima yang beragama Islam sahaja kerana wang yang digunakan adalah dari wang zakat TNB. Kementerian Wilayah Persekutuan telah memperluaskan program ini agar dapat diberi kepada kaum-kaum yang bukan beragama Islam juga. Selepas itu adalah pada 15 Oktober 2017 kepada 10 keluarga komuniti India sebagai hadiah sempena menyambut Hari Deepavali yang lalu. Kementerian telah mensasarkan sebanyak 200 unit dapat diserahkan kepada penerima sepanjang tahun 2017. Sehingga hari ini, Kementerian telah menyerahkan 34 buah rumah kepada penerima yang layak. Pada
9 November 2017, sejumlah 12 unit rumah lagi akan dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Muhammad V kepada peserta terpilih.
Sultan Muhammad V menyerahkan kunci kepada 12 penerima bantuan PPR dan PA di perumahan Desa Rejang pada 9 Nov 2017

Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan juga telah diperluaskan ke Wilayah Persekutuan Labuan bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018 baru-baru ini. 10 keluarga di Wilayah Persekutuan Labuan telah menerima sumbangan bernilai RM15,000.00 bagi setiap keluarga untuk kerja-kerja baik pulih dan pembelian kelengkapan asas rumah. Pada hari ini, tambahan 56 lagi keluarga akan menerima unit rumah Baiti Jannati@Wilayah Persekutuan. Daripada jumlah tersebut, 8 daripadanya adalah terdiri daripada masyarakat cina.Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka yang masih lagi merasaikan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina. Sehingga kini, 113 unit kediaman telah diserahkan di bawah program Baiti Jannati @Wilayah Persekutuan ini.
Tengku Adnan dan isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki, menyampaikan khabar gembira tajaan baikpulih rumah berjumlah RM15,000 kepada salah sebuah keluarga yang menerima bantuan.

RAKAN KERJASAMA STRATEGIK PROGRAM BAITI JANNATI @ WILAYAH PERSEKUTUAN
Perlaksanaan Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan setakat ini imendapat sokongan dari rakan kerjasama strategik yang telah memberi sumbangan dalam bentuk kewangan atau barangan. Antara rakan kerja strategik Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan ialah:

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan, Yayasan Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dan Unit Perancang Ekonomi (EPU). 

Selain itu, organisasi korporat yang turut menyumbang di dalam program ini adalah:

Tenaga Nasional Berhad (TNB), CELCOM, JL99 Group, Mah Sing Group, Aset Kayamas, Maju Holding Sdn. Bhd., Ekovest Group, Malton Berhad, Pavillion Kuala Lumpur,Maxim Sdn. Bhd, WCT Berhad dan Yayasan Al-Mansooriah serta Yayasan Albukhary. 

Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan dapat dilihat sebagai satu penyelesaian dalam membantu dan menangani kemiskinan bandar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kita tidak mahu golongan ini terpinggir dalam arus deras pembangunan dan pemodenan bandar. Saya harap usaha murni ini dapat diteruskan dan lebih banyak syarikat akan tampil untuk bekerjasama dengan pihak kementerian menerusi program ini yang dapat memberi kehidupan yang lebih selesa kepada golongan yang memerlukan.

47 comments:

Eyqa Hasnan said...

Program yang membantu golongan kita. Terbaik program sebegini

Cindyrina Rina said...

Inisiatif Yang positive. At least bagi rakyat better living environment. Saya Rasa patut Di perluaskan ke seluruh negara juga.

Qeela Aini said...

wah bagusnya program ni, memang sangat mwmbantu golongan asnaf yang sangat memerlukan. Rumah adalah antara basic things yang semua orang perlukan, bila tengok ada program seperti ini dijalankan, rasa lega dan bersyukur jugak. Moga usaha murni ni dipermudahkan dan dapat sentiasa diteruskan insyaAllah.

Ezna Ahmad Khalili said...

Moga pihak yang membantu ni membina rumah yang betul2 berkualiti. Csr macam ni memang sangat bagus supaya dapat membantu mereka yang betul2 memerlukan. Moga sama sama membantu mereka...

Amanda Suria said...

Masih ramai lagi golongan terpinggir dia mana2 kan..macam pepatah..kera di hutan disusukan..anak di rumah mati x makan..sepatutnya program macam ni perlu diperluaskan di setiap negeri

Kin Naz said...

Bagusnya ada program macam ni kan mak. Tak semua orang bernasib baik. Semoga dengan program sebegini dapat membantu mereka yag lebih memerlukan

Siti Rohaida Yusof said...

Bagusnya program macam ni
dijalankan..

Maha Mahu said...

Bagus lah sekarang ni banyak bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan yang betul seperti ini orang miskin terutama di kawsan bandar yang maju kita tak boleh ketepikan orang yang susah..

Jane Chua said...

Good initiative to help the under-priviledge. Hope more of such program able to reach more peoples so that they able to survive.

Nadia Johari said...

bagus ada program macam ni. Program seperti kena diperluaskan sebab sebenarnya sebab ramai golongan asnaf yang serba kekurangan. Keperluan yang disediakan tu memnag bagus bagi memberi keselsaan kepada mereka. Semoga usaha murni ni diteruskan

Mimi Azirah said...

Bagus ada program macam ni.membantu warga emas,oku,golongan miskin memiliki kediaman yang selesa.sekurang kurangnya ada juga tempat untuk merea berlindung dan berteduh kan. Bagus diadakan program csr baiti jannati nih

luqman zakaria said...

selagi kita mampu bantulah mereka yang memerlukan. tahniah kepada mereka yang masih prihatin dengan keadaan penduduk sekeliling

Hanny Abdullah said...

Alhamdulillah..bagus di adakan program sebegini. Dapat membantu golongan yang amat memerlukan.Harap makin banyak syarikat yang turut serta membantu golongan yang sebegini bukan hanya bila waktu-waktu perayaan sahaja

Zharif Azis said...

Suka inisiatif yg diambil oleh kerajaan dlm memastikan semua org dpt tmpt perlindungan. Semoga usaha ini dpt membantu mereka2 yg susah di luar sana.

farhanna jafri said...

memang bagus ada program macamni nak pula bila keluar statistik dari unicef tentang kemiskinan di KL

AyuArjuna BiGoshh said...

Golongan asnaf dan sewaktu dengannya mmg perlu dibantu. Mujur ada inisiatif seperti ini yang dapat mengurangkan beban golongan ini

shalimar yusof said...

Besar maknanya baiti jannati ni..memang amat bagus program sebegini..amat disarankan pihak selain dapat buat macam WPKL nih..amat berharga bagi yang memerlukan

Mrs Pip said...

inisiatif yang bagus dlm usaha membantu golongan yg sangat memerlukan ...

Cekgu Norazimah said...

Bagus program ni, membantu mereka yang betul-betul memerlukan.

Fieza Sani said...

Bagus program ni..ramai dlm kategori miskin bandar kat KL ni tapi orang tak nampak..bagus la ada inisiatif dari pihak berkenaan untuk membantu...

Mrs Fuzy Hamid said...

Moga program ni membantu golongan yg benar2 memerlukan dan tiada pilih bulu

Inani Hazwani said...

Bagusnyaa ada bantuan yang macam ni.

dr-Life said...

One great program that help many that needed. This program should have more often been run so can help even more people.

Lia Hasty said...

Bagusnya program Baiti Jannati dapat meringankan beban dan mengurangkan kesusahan golongan asnaf di KL. Harap dengan program ini dapat memberi bantuan dan saluran kepaga golongan ini pada makan akan datang. Kebajikan mereka juga terjaga.

Papaglamz dot com said...

Alhamdulillah. Sedikit sebanyak mampu meringankan beban

Rabiatul Adawiyah said...

Setiap hari Jumlah orang yang Kurang berkemampuan meningkat dengan banyak,inisiatif yang bagus dan berharap program sebegini berterusan.

el said...

Membantu mereka yg memerlukan dan program yg sihat

emi said...

bagus betul program macam ni. membantu golongan yg memerlukan dan dalam masa sama memupuk rasa tanggungjawab membantu sesama manusia

Jia Shin Lee said...

This is a great act! Those who are in need will benefit from programs like this. Keep up the good job.

YingYin said...

Oh this is such an great activity. There are many people around that needs help as well. I hope more of this activity is being done in the future.

Nina Mirza said...

Syukur Alhamdulillah.. . Moga program sebegini sedikit sebanyak meringankan bebanan mereka yang memerlukan.

::EIDA:: said...

alhamdulillahhhh , syukur ada yg bantu merekaa ;)

Shafyqah Azry said...

alhamdulillah. semoga dengan adanya program macam ni dapatlah ringankan beban mereka. harap program macam ni diteruskan lagi lepas ni

sayidah napisah said...

mantoppp program ni. harap dapat diteruskan :)

Noor Akma said...

Program yang membela nasib orang yang tak berkemampuan... sangat bagus :)

iuzira said...

Alhamdulillah, ada yang sudi bantu semoga program seperti ni di teruskan bagi yang memerlukan

Eintan Nurfuzie said...

program yg patut diteruskan..

safurara said...

Alhamdulillah. Semoga mereka dpt kehidupan yg lebih baik.

Ana Jingga said...

Rumahku syurgaku :)

CikLa Shahril said...

Bagus sgt program ni. Dptlah mereka yg kurang berkemampuan tu memperbaiki rumah mereka agar lebih selesa utk diduduki... Alhamdullilah.

Atikah Norbaki said...

Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

Marshalizadotcom said...

Seronok bila ada program macam ni

Tunsha Auni Muthal'lib said...

Moga program macam ini berterusan :)

Cik Puan Ena said...

Bertuah sgt. Semoga usaha ni berterusan dpt membantu mereka yg memerlukan.

AimNub Haris said...

Semoga dimanfaatkan sebaiknya oleh yang benar2 layak.. :)

...

khaty aiman said...

alhamdulillah. ringan sikit beban untuk yang memerlukan.

Afizah Abd Rahman said...

Banyak program under WP yang kita tak tahu. Terbela juga nasib asnaf.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...