Lazada Malaysia

Friday, November 30, 2018

Lirik Lagu Anta Permana - Dato' Sri Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Anta Permana - Dato' Sri Siti Nurhaliza| Selepas lagu Ragaman dari Faizal Tahir, dah banyak kali Mak ulang dengar lagu Anta Permana by Dato' Sri Siti Nurhaliza ni. Bait-bait lagu pun boleh tahan, maklumlah Hael Husaini dan Ezra Kong yang tulis. In case awak orang tak tahu, Anta Permana tu maksudnya "Tidak Terkira". Kira lagu ni mengisahkan cinta yang tak bertepi dan tahap infiniti lah ni ;)
Anta Permana - Dato' Sri Siti Nurhaliza
Written By: Hael Husaini & Ezra Kong
Release Date: October 4, 2018
Produced By: Rio Films Sdn Bhd
Album: Single Dato' Sri Siti Nurhaliza

Bicara minda
Dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan~ bagaikan hangat mentari
Cinta yang sejati

Jauh di mata dekat di hati
Jika dirindu jangan curangi
Ke mana~ ke mana kan terbawa pergi
Terduga diuji

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai biiintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Sedangkan lidah tergigit jua
Inikan pula cinta manusia
Melayang~ melayang
Dibawa pawana
Iringi cintamu

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai biiintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar~ Biarkan cinta anta permana

Andai biiintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Thursday, November 29, 2018

Projek Beg Sekolah Musim Ke-4!

Projek Beg Sekolah Musim Ke-4!
Kami kembali lagi menyerikan persediaan persekolahan buat anak-anak yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, anak-anak yatim dan anak-anak asnaf.

Setiap yang beg yang diberi akan mengukir 1,000,000 senyuman buat mereka!

Ayuh bersama kami untuk terus memberi peluang buat mereka menggalas beg sekolah baharu sempena musim persekolahan pada tahun 2019 nanti.

Setiap beg dianggarkan pada nilai RM30. Namun anda bebas menyumbangkan apa-apa nilai kerana kami amat menghargai setiap sumbangan.

Anda boleh salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank 566010623957 di atas nama Pertubuhan Projek Beg Sekolah.

Ayuh, bantu kami sebarkan!

P/s: Kami akan mengumumkan langkah-langkah untuk penyertaan sebagai sukarelawan PBS Musim-4 tidak lama lagi. Berminat menyumbang tenaga? Teruskan melihat Facebook Page kami diwww.facebook.com/projekbegsekolahatau Instagram kami di www.instagram.com/projekbegsekolah ya!


Ayuh, bantu kami sebarkan!

Salam sayang,

Hernee
Focal Person Projek Beg Sekolah
Kawasan Gelang Patah
014-6106331

Wednesday, November 28, 2018

Mak Menang Lazada 11.11 Blogger Contest!

Alhamdulillah. Mak menang contest Lazada yang lepas sempena jualan 11.11 tempoh hari. Jadi marilah kita stock-up susu dan pampers anak banyak-banyak! Thanks kawan-kawan blogger yang tak habis-habis ucap tahniah dari semalam dan of course, thanks Lazada for choosing Mak as your super lucky winner ;)

Love,
Mak Lin
#MakAnak4

Nak Cantik? Pretty Valet Kini di Johor Bahru!

Pretty Valet Johor Bahru
Sabtu minggu lepas, Mak dan kawan-kawan berpeluang menyaksikan majlis pelancaran cawangan kedua Pretty Valet bertempat di Taman Adda Height, Johor Bahru. Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti demostrasi makeup dan hair analysis dari team MBH dan sudah semestinya tawaran diskaun berganda yang memang menjimatkan.
Pretty Valet Johor Bahru
Dirasmikan oleh Datuk Nasir Safar pada hari tersebut dalam acara yang gilang-gemilang. Untuk pengetahuan awak semua, cawangan Johor Bahru merupakan cawangan kedua Pretty Valet selepas pembukaan Pretty Valet di Penang pada september lepas. Spa kecantikkan berkonsepkan moden kontemporari bertema warna ungu ini, dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 11 pagi hingga 8 malam

DEMOSTRASI HAIRCARE ANALYSIS DARI MBH HAIRSPA
Pretty Valet Johor Bahru
 Konsultasi masalah dan cara penjagaan rambut oleh therapist terlatih
Pretty Valet Johor Bahru
Pelbagai produk rawatan penjagaan rambut yang dikeluarkan oleh Pretty Valet sendiri

TENTANG PRETTY VALET: BE-UNIQUELY BEAUTIFUL
Pretty Valet (PV) adalah anak syarikat MOHA GROUP SDN. BHD. Merupakan pusat kecantikkan yang menawarkan rawatan bersesuaian mengikut keadaan kulit pelanggan. Diasaskan oleh Muhammad Syafiq Farhan, yang juga Pengarah Urusan Pretty Valet Sdn. Bhd, cawangan pertama PV dibuka pada 29 September 2018 di Pulau Penang. Misi utama PV adalah menyediakan pelbagai jenis rawatan kecantikkan mengikut keunikkan setiap pelanggan pada harga yang berpatutan serta menyediakan khidmat pelanggan yang paling terbaik di pasaran seterusnya menjadi pilihan utama pelanggan.
Pretty Valet Johor Bahru
Pretty Valet Johor Bahru
Pretty Valet Johor Bahru
Sebahagian daripada produk keluaran Pretty Valet Sdn. Bhd.
RAWATAN KECANTIKKAN DI PRETTY VALET
Pretty Valet menyediakan 10 jenis rawatan penjagaan kecantikkan serendah dari RM50 hingga RM4888, iaitu:
✔ Signature Treatment
✔ Whitening Treatment
✔ Acne Treatment
✔ Dry Skin Treatment
✔ Pigmentation Treatment
✔ Anti-aging Treatment
✔ Detox Skin Treatment
✔ Eyes Treatment
✔ Hair Removal Treatment
Pretty Valet Johor Bahru
PRETTY VALET (Beauty Aesthetic): Sebab Kenapa Anda Perlu ke Pretty Valet?
✔ Sesi konsultasi yang detail
✔ Setiap rawatan telah disesuaikan khas untuk kulit pelanggan
✔ Theraphist dan staf yang sangat friendly
✔ Rawatan yang berkualiti dan terbukti berkesan
✔ Menggunakan produk yang organik dan selamat
✔ Mesin rawatan yang canggih dan diimport dari luar negara (German dan Korea)
✔ Ruang rawatan yang selesa
✔ Harga rawatan yang berbaloi dan mampu milik ;)

Tahniah Pretty Vallet. Jadi mari ramai-ramai jadi cantik, kekal cantik dengan Pretty Valet. Untuk maklumat:

Pretty Valet Johor Bahru

Till then, Salam!

KEMPEN MOODMOJEE: ANCHOR FOOD PROFESSIONAL LANCAR 6 MINUMAN TERBARU

KEMPEN MOODMOJEE: ANCHOR FOOD PROFESSIONALS LANCAR 6 MINUMAN TERBARU | Anchor Food Professionals, peneraju utama industri makan di Malaysia telah melancarkan minuman inovasi yang sedap dan menyegarkan sesuai dengan mood anda! Ada 6 jenis semuanya; Kaya-Nika Fusion, Lemon Mint Meringue, Pom & Grey Twist, Tangy Brew, White Chocoffee dan Yuzu Chocolate Surprise. Jadi, minggu lepas mak dan kawan-kawan decided untuk mencuba sendiri kesedapan minuman terbaru dari Anchor Food Professional kali ini. Life seems down? Cubalah Minuman Modmojee yang membantu meningkatkan mood anda ;)
MOODMOJEE TRAIL: MINUMAN MOOD BOOSTER
YUZU CHOCOLATE SURPRISE
Merupakan gabungan lemak dan manis coklat dan yuzu citrusy menawarkan rasa yang menarik. Yuzu Chocolate Surprise adalah campuran coklat ais dengan Yuzu puree dan di bibir gelas diletakkan dengan salt lemon cooling candy.
Outlet: Choon Guan Coffee Shop, Gafe Kafé, Delight Factory, Chiu’s Café, Living Room, Cofeology Café & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, La Taste, HIVE by Love A Loaf
Produk Anchor Dairy: Anchor UHT Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream
Ciptaan: Chef Ichiro 
KAYA-NIKA FUSION
Merupakan gabungan lapisan manis dan berkrim dengan 'kaya' tradisional, 'gula melaka', 'bubur' dan kacang merah.
Outlet: Delight Factory, Love Tea F&B, Cofeology Cafe & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, Overstepped (Sejati), HIVE by Love A Loaf, Family Confectionery, Baker’s Hut
Produk Anchor Dairy: Anchor Whipping Cream
Ciptaan: Chef Firuz
WHITE CHOCOFFEE
Menawarkan rasa berkacang, White Chocoffee merupakan campuran kopi putih yang dipenuhi dengan coklat dan mentega kacang yang lazat.
Outlet : Gafe Kafé, Delight Factory, Chubs Grill, Lucky Bean, Love Tea F&B, Cofeology Café & Restaurant, Family Confectionery, Baker’s Hut
Produk Anchor Dairy : Anchor Full Cream Milk, Anchor Cream Cheese dan Anchor Whipping Cream
Ciptaan: Chef Inchiro
LEMON MINT MERINGUE
Merupakan sejenis air ice blended yang penuh dengan lemon mint vanilla. Di atasnya diletakkan whipped and torched meringue dan hirisan lemon dan oren.
Outlet: Delight Factory, Love Tea F&B, Cofeology Café & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, Overstepped (Perdana), La Taste (Butterworth), HIVE by Love A Loaf, Family Confectionery
Produk Anchor Dairy: Anchor Whipping Cream
Ciptaan: Chef Firuz
POM & GREY TWIST
Menggunakan teh keju, Pom & Gray Twist adalah sejenis ramuan menyegarkan. Early Grey Tea dicampur dengan sirap delima dan dilapisi di atas adalah krim coklat dan ditabur dengan serbuk koko.
Outlet: Choon Guan Coffee Shop, Delight Factory, Chubs Grill, Chiu’s Café, Lucky Bean, Living Room, Cofeology Café & Restaurant, La Taste, Family Confectionery, Baker’s Hut
Produk Anchor Dairy: Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream
Ciptaan: Chef Ken
TANGY BREW
Merupakan sejenis minuman kopi yang pekat dan sejuk dan dihiasi dengan lapisan krim cair dan busa keju krim.
Outlet: Choon Guan Coffee Shop, Gafe Kafé, Delight Factory, Chubs Grill, Chiu’s Café, Lucky Bean, Living Room, Cofeology Café & Restaurant, Family Confectionery
Produk Anchor Dairy: Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream
Ciptaan: Chef Ken
Jika awak into something yang manis dan creamy, cuba Kaya-Nika Fusion or Lemon Mint meringue for that extra mint kick. Perlukan kafein to lift you mood up? Cuba Tangy Brew atau White Chocoffee. Love something fruity and refreshing? Try Pom & Grey Twist. Love chocolate so much? Cuba Yuzu Chocolate Surprise ;)  Bagi Mak, semua sedap; tapi yang paling Mak suka Pom & Gret Twist!

Jadinya, smua minuman ini akan berada di di 15 outlet di seluruh Malaysia dari bulan 11/2018 hingga 01/2019:

✔ Choon Guan Coffee Shop - Klang, Selangor
✔ Gafe Kafe - Semenyih, Selangor
✔ Love Tea F & B - Kulai, Johor
✔ Living Room - Johor Bahru
✔ Cofeology Café & Restaurant - Bukit Beruang, Melaka
✔ Overstepped - Sungai Petani, Kedah
✔ La Taste - Gurun dan Sungai Petani, Kedah
✔ Bakery Lavish Fusion - George Town, Pulau Pinang
✔ HIVE by Love A Loaf - Bayan Lepas, Penang
✔ La Taste - Butterworth
✔ Family Confectionary - Kampar, Perak
✔ Baker's Hut - Seri Manjung, Perak
✔ Kilang Delight - Kota Kinabalu, Sabah
✔ Chub's Grill - Kota Kinabalu Sabah
✔ Café Chiu - Kota Kinabalu Sabah
✔ Lucky Bean - Kota Kinabalu Sabah

Jadi ajak famili dan rakan-rakan anda mencuba sendiri, dan bergembira bersama! Till then, jangan lupa selfie ;)

Tuesday, November 13, 2018

TIME FIBER HOME BROADBAND: KELAJUAN INTERNET 100Mbps HANYA RM99!

TIME FIBER HOME BROADBAND: KELAJUAN INTERNET 100Mbps HANYA RM99!
TIME FIBER HOME BROADBAND: KELAJUAN INTERNET 100Mbps HANYA RM99! | Internet adalah satu perkara yang tidak asing lagi jika dibandingkan kadar penggunaannya 20 tahun lepas. Masih ingat lagi penggunaan dial-up serta bunyinya pada suatu ketika dahulu? Memang menggamit memori.

Sejajar dengan pembangunan dan kemajuan teknologi, konsumer sentiasa mencari internet provider yang lebih laju, lebih stabil serta menjimatkan. Jangan risau, kini dengan pelancaran jalur lebar PALING MAJU di Malaysia oleh TIME Fiber Home Broadband anda boleh dapatkan semua!

KENAPA PERLU GUNA TIME FIBER HOME BROADBAND?
Kebanyakkan internet provider menggunakan pendawaian tembaga atau gabungan fiber optik untuk menghubungkan internet kepada pengguna. Ianya bagus tetapi ada beberapa kekurangan berbanding TIME Fiber Home Broaadband yang menggunakan 100% fiber optik dari hujung ke hujung. Hasilnya:
Internet lebih laju
Bayangkan kelajuan cahaya. Ya, fiber optik  menghantar data dalam kelajuan cahaya. Jika anda melanggan kelajuan internet 1Mbps anda dapat 1 Mbps, jika 1Gbps anda dapat 1Gbps. Tanpa ragu-ragu.
Internet lebih stabil
Fiber optik lebih tahan suhu tinggi dan gangguan elektromagnetik berbanding penggunaan wayar tembaga. Jadi, kelajuan lebih stabil dan konsisten.
Kos lebih murah dan menjimatkan!
Tiada kuota, tiada frills or add-on. Hanya internet yang laju!

PAKEJ TIME FIBER HOME BROADBAND - SEHINGGA 1 GBPS! BERMULA DARI RM99/SEBULAN
Untuk masa terhad, pakej 100Mbps ditawarkan pada harga RM99 dan pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian dan hanya mengambil masa anda sedikit sahaja ;) On top of that, anda juga akan mendapat diskaun RM100 dalam bil pertama anda. Lakukannya sekarang di laman di:  Pendaftaran atas talian TIME FIBER HOME BROANDBAND.

Utuk maklumat lanjut tentang TIME FIBER HOME BROADBAND dan periksa liputannya di kawasan anda, layari www.time.com.my dan ikuti mereka di Facebook: TIME Internet (https://www.facebook.com/TIMEinternet/).

Till then!

Friday, November 9, 2018

Lovingly Signed: Personalized Gifts Every New Parent Will Love

Lovingly Signed: Personalized Gifts Every New Parent Will Love | The next time you're struggling to find the perfect gift for the new parents, you can never go wrong with the personalized route. These items - towel, blanket, jumper, robe, book, toy - emblazoned with their name will be treasured for years to come.
As for that, check out this varieties of personalized baby gift hamper by Lovingly Signed that offer high quality product with exquisite gift just for the little one. Choose from baby clothing, toys, blankets and accessories to create your perfect newborn gift. Their signature boxes come hand wrapped with a personalised gift card to make it extra special ;)

Plus, Lovingly Signed offer FREE delivery in Singapore (4 to 5 days) and FREE International delivery for all orders over SGD $250 (within 4 - 8 days).

Price range SGD 90-SGD 278.

For more info about Lovingly Signed, log on to their website (Link).

These are the real keepers, presents they will cherish forever.

Domino's Pizza Malaysia: It's All About You!

Dominos Pizza
Domino's Pizza: It's All About You! | Sudah semestinya pilihan nombor 1 Mak dan superheroes, Domino's Pizza. Tak pernah miss renew VIP card tiap-tiap tahun sejak 2003! #KipasSusahMati/#DieHardFan tak?
Dominos Pizza
KENAPA DOMINO'S PIZZA BEST?
Sedap tu memang sudah tentu. Sebab lain Domino's Pizza best sebab ia ada lebih banyak pilihan dari: 4 saiz pizza, 8 jenis crust dan pelbagai topping dan sos. Have your own idea of making customize pizza with different topping, extra this and that? or can't decide which flavour to eat, yet you want half this and half that? Yes, you can! - eh tetiba Mak speaking di situ. Dah macam jurujual pula. HOHOHO. DAN, selalu sangat ada promosi harga yang tak masuk akal. Personal Pizza hanya RM3.70. Setiap Selasa!
Dominos Pizza
Favourite Mak - Classified Chicken, Beef Pepperroni (kids love it!) dan Tuna Temptation. Last time ada promosi pedas berapi - Samyang Pizza which Mak prefer yang beef ;) Mak siap beli sos Samyang Domino's. Kali ni ada promosi terbaru: Pull Beef Pizza dan Pull Chicken Pizza. Tapi Mak tak rasa lagi, sebab baru sangat. Jadi, kita tunggu Selasa depan!
Dominos Pizza
DOMINO'S PIZZA: THANKS FOR THE MEMORY!
Tahu tak sebenarnya Dominos Pizza dah bertapak di Malaysia sejak tahun 1997. Pada tahun 1999, satu cawangan dibuka pertama kali di Johor. Mak rasa Mak tahu dekat mana, dekat Plaza Pelangi. Sebab di sinilah pertama kali Mak makan Dominos'.

Tapi sekarang dah pindah dekat Taman Melodies. Tak tahulah apa sebab. Rasanyalah. HAHAHA.
Dominos Pizza
Itu tak penting, yang paling penting sejak sekolah menengah (Mak sekolah asrama dekat JB dulu), literally every month (kekadang weekly. HAHAHA) "tongtong" dengan kawan-kawan asrama order Domino's Pizza delivery. Sebab Mak ada VIP card, simply-simply dapat another pizza for free. So kenyanglah kami. Lama dah offer ni kan?

Dulu order by phone 1-300-88-333. Sekarang lagi mudah, boleh order through online je: www.dominos.com.my. Boleh delivery, boleh self-pickup. Yang paling best, boleh dapat percuma personal pizza pada pembelian pertama bila anda sign up dan setiap kali selesai tempahan, mesti ada survey yang kalau awak jawab, awak boleh dapat free side order macam garlic twisted bread, cinnastix or breadstix.

Jadi, apa tunggu lagi? Untuk maklumat lanjut layari: www. dominos.com.my!

Domino's Pizza - It's All About You

Saturday, November 3, 2018

PEMBAYARAN ZAKAT LEBIH MUDAH DENGAN PORTAL ZAKAT2U VERSI 4.0

Tahukah anda, kini pembayaran zakat boleh dilakukan di mana jua secara atas talian atas inisiatif Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)? Ya. 1 majlis pelancaran ZAKAT2U telah diadakan semalam sebagai satu hebahan kepada masyarakat umum terutamanya di Wilayah Persekutuan tentang kemudahan membuat pembayaran secara ‘troli zakat’ dan lain-lain lagi kaedah baru melalui ZAKAT2U (Versi 4.0). Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dengan jayanya.
PEMBAYARAN ZAKAT LEBIH MUDAH DENGAN PORTAL ZAKAT2U VERSI 4.0
Pembayaran zakat lebih mudah melalui portal dengan cara:
Kira - Kira zakat anda dengan mudah.
Bayar - Bayar zakat secara atas talian.
Semak - Semak rekod bayaran zakat.

Kelebihan ZAKAT2U VERSI 4.0
Dengan versi ZAKAT2U terkini, portal zakat2u.com.my menawarkan:
✔ Pengiraan kalkulator zakat yang lebih ringkas
✔ Pembayaran pelbagai jenis zakat dalam 1 masa dengan menggunakan Troli Zakat
✔ Menggunakan resit rasmi bayaran atas talian sepenuhnya
✔ Bacaan doa untuk para muzzaki selepas usai pembayaran
✔ Integrasi pembayaran zakat menggunakan chatbox FB Messenger
PEMBAYARAN ZAKAT LEBIH MUDAH DENGAN PORTAL ZAKAT2U VERSI 4.0
Dijangka PPZ-MAIWP mensasarkan kutipan RM25j zakat sehingga akhir tahun ini (2018). Justeru itu, PPZ-MAIWP akan sentiasa meningkatkan kualiti pembayaran zakat kepada umum di Wilayah Persekutuan agar ia dapat disalurkan kepada orang-orang yang memerlukan dan sekaligus membantu mengurangkan kemiskinan rakyat bandar. Tahniah PPZ-MAIWP atas inisiatif yang  sejajar dengan pembangunan teknologi semasa. Untuk maklumat lanjut, layari zakat2u.com.my atau hubungi talian zakat 1-300-88-5757.

"PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat"

InsyaAllah.

Friday, November 2, 2018

Lazada 11.11 Shopping Festival: Wishlist Mak

Lazada 11.11 Shopping Festival
Lazada 11.11 Shopping Festival: Wishlist Mak | Tak lama lagi, pada 11/11/18 Lazada akan mengadakan Lazada 11.11 Shopping Festival kan? (Link) Sudah pasti pelbagai jenama dan barangan menarik ditawarkan, baucer diskaun hebat dan jualan kilat. Selain itu ada contest Shake di apps Lazada, awak boleh menang baucer sehingga RM111 tau!

Atas keterujaan yang amat, mulalah Mak gatal nak scroll-scroll katalog Lazada *facepalm* Jadi hari ini, Mak nak kongsi 5 barangan dalam wishlist Mak:
Lazada 11.11 Shopping Festival
1. Sony TV Remote Control
Sejak bulan lepas Mak dan anak-anak tak boleh buka TV sebab Iman terpecahkan remote control. Tapi Mak tak sempat-sempat nak beli. So, we need replacement. 
Lazada 11.11 Shopping Festival
2. Trio Waffle Maker
Anak-anak Mak sangat suka waffle. Patut beli ni, senang nak buat waffle or savoury waffle sandwich for breakfast. Yummy.
Lazada 11.11 Shopping Festival
3. Philips Pressure Cooker
Antara gadget dapur wajib bagi yang sentiasa menjadi pilihan nombor 1 saban tahun bagi Mak yang suka memasak tapi tak banyak masa. Paling best! #MohonBelanja
Lazada 11.11 Shopping Festival
4. Pensonic Yogurt Maker
Another favourite snack anak-anak Mak. Senanglah kalau ada ni, tak perlu pening-pening jaga suhu bagai. Semua automatik dan yang paling penting jimat! - I call them ice-cream sebab tu anak mak suka, mereka tertipu.
Lazada 11.11 Shopping Festival
5. Kipas dinding Mitsubishi
Mak rasa, kita perlu 1 lagi kipas untuk 1 lagi bilik. Jenama Mitsubishi pun dipercayai. Yang penting sudut dongakannya dan tunduk lebih besar. HAHAHA. Eh apasal gelak.

That's it. Tak sabar nak tunggu sale Lazada kan. Kalau diikutkan ada macam-macam nak beli dalam wishlist Mak. Kalau dapat cash baucer memang seronok ni!

Baru menggunakan apps Lazada? Gunakan kod: LZD25W2A untuk mendapatkan 25% diskaun (Untuk pembelian minimum RM30 keatas). Till then, Lazada 11.11 Shopping Festival here we come!

Thursday, November 1, 2018

Resepi Pancake/Hotcake ala McDonald

Resepi Pancake/Hotcake/Flapjack ala McDonald
Resepi Pancake/Hotcake/Flapjack ala McDonald | Mak sangat suka hotcake McDonald dengan bau dan limpahan sirap mapel yang ooooo heaven! Nak makan McDonald setiap hari memang tidaklah. Jadi Mak ada try beberapa resepi buat pancake/hotcake/flapjack (anything you call it) di internet, tapi tak berapa menepati citarasa. Last week I come across this recipe and decide to try it myself. Sama sahaja bahannya dengan resepi lain di Internet, CUMA teknik sahaja berbeza!

Hasilnya, pancake/hotcake/flapjack yang lembut, wangi, gebu KALAH MCDONALD. Selamat tinggal Hotcakes McDonald! But Mak still love your Beef Prosperity Burger, Fillet-o-fish, sundae, apple/caramel/corn pie - and the list go on and on.

RESEPI PANCAKE/HOTCAKE/FLAPJACK BUTTERMILK GEBU DAN SEDAP
Bahan-bahan:
1 cawan tepung kek/tepung naik sendiri
(Kalau tak ada, guna 1 cawan tepung biasa, 1 sudu teh baking powder dan 1/2 sudu teh baking soda)
3/4 cawan susu full cream
(Boleh gunakan susu buttermilk. Cara buat: Hanya letakkan 2 sudu besar cuka dalam susu dan biarkan dalam 5-10 minit)
1 biji telur
2 sudu besar gula
1 sudu besar sirap mapel - Mak tambah
2 sudu besar butter - dicairkan
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung, gula dan garam dalam 1 mangkuk - Bahan kering
2. Panaskan susu suam-suam kuku.
3. Bila dah suam, masukkan telur, butter cair serta esen vanilla dan gaulkan sehingga sebati - Bahan basah
4. Buatkan perigi dekat tengah bahan kering dalam mangkuk tadi dan masukkan bahan basah. Kacau semuanya sehingga tiada ketulan, tanpa terlebih kacau.
5. Gunakan pan yang tak melekat, masak pancake macam biasa sampai hilang semua bubble dan terbalikkan.
6. Hidangkan panas dengan sirap mapel, nutella, jem, krim putar atau apa sahaja topping pilihan anda. 1 adunan menghasilkan 4 pancake besar (saiz kuali steka Ikea).

Ada juga resepi yang menghasilkan tekstur pancake/hotcake/flapjack yang lebih gebu dengan cara mencampurkan semua adunan tanpa putih telur (kuning telur dan putih diasingkan). Pukul putih telur sampai soft peak (meringue) dan kautkan kedalam adunan secara fold-in. Itupun boleh juga. Teksturnya seakan-akan kek jepun yang ringan tu.

Bila time malas kadang-kadang Mak blend je semua dalam blender. Jadi juga pancake. HAHAHA. Yang penting anak Mak semua suka. Till then, what's your favourite breakfast? Share la dengan Mak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...