Lazada Malaysia

Monday, December 31, 2018

SENARAI HARGA PRODUK SHAKLEE 2019/2020

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, hubungi: 

Dr. Siti Khadijah Ibrahim
FB: Siti Khadhijah Ibrahim (www.facebook.com/siti.k.ibrahim.3)
FB page: Ad-Dina Shop (www.facebook.com/AdDinaShop)
Whatsapp/Sms/phone: 016-6658245
twitter: iejask

SUPPLEMENTS/VITAMINS
Alfalfa Complex (Besar - 700 tablet)
102.5
Alfalfa Complex (Kecil - 330 tablet)
57.50
B Complex (120 tablet)
58.75
Carotomax (30 kapsul)
77.50
Collagen Powder (15 sachets)
298
DTX Complex (90 tablets)
156.25
ESP (850 gram)
161.25
Garlic Complex (60 tablet)
56.25
GLA Complex (60 softgel)
91.25
Herblax (120 tablet)
57.50
Lecithin (180 kapsul)
55
Meal Shakes (544 gram)
120
Nutriferon (30 sticks)
181.25
OmegaGuard (90 kapsul)
136.25
Ostematrix (120 tablet)
61.25
Peppermint Ginger Plus (90 tablet)
47.5
Performance Drink (539 gram)
86.25
Phytocol (120 tablet)
197.50
Sustain Released Vita C (180 biji)
97.50
Vita E Complex (120 biji)
156.25
Vitalea Iron Formula (120 biji)
93.70
Vitalea for Children (60 tablet)
111.25
Vivix (150 ml)
475
Zinc Plus
55
SKINCARE
YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser (125 ml)193.75
YOUTH Perfecting Skin Toner (177 ml) RM 200.00200
YOUTH Age Defense Moisturiser SPF 50 (50 ml) RM 206.25206.25
YOUTH Advanced Renewal Night Cream - Light (50 ml)250
YOUTH Advanced Renewal Night Cream - Rich (50 ml)250
YOUTH Activating Serum (30 ml)412.50
YOUTH Radiance C+E (60 Capsules)412.50
YOUTH Restoring Eye Treatment (15 ml)243.75
HAIR CARE
Prosante Long Lasting Finishing Spray (237 ml)
61.25
Prosante Nourishing Scalp Treatment (59 ml)
93.75
Prosante Replenishing Conditioner (237 ml)
70
Prosante Revitalizing Shampoo (296 ml)
68.75
HOME CARE
Basic H (16 oz)48.75
Dish Wash (16 oz)46.25
Fresh Laundry Concentrate (5.5 lb)83.75
Soft Fabric Concentrate (32 fl)43.75
Get Clean Home Care Set (all above)225.50
SOLUTION SETS
Daily Essential Set547.50
Vita Lea Iron Formula
ESP
Sustained Release Vita C Plus
Omega Guard
B Complex
Energy For Life Set950.00
Vivix (2 Unit)
Vitality Set703.75
Vita Lea Iron Formula
ESP
Sustained Release Vita C Plus
Omega Guard
B Complex
Vita E Complex
Amazing Golden Set for Her1,175.00
Vita Lea Iron Formula
ESP
Sustained Release Vita C Plus
Omega Guard
B Complex
OsteMatrix
Vivix
GLA Complex
Amazing Golden Set for Him1,240.00
Vita Lea Iron Formula
ESP
Sustained Release Vita C Plus
Omega Guard
B Complex
OsteMatrix
Vivix
Vita E Complex
Ever Vibrant Set638.75
Vita Lea Iron Formula
ESP
Sustained Release Vita C Plus
Omega Guard
B Complex
GLA Complex
Radiant Set845.50
Vita Lea Iron Formula
ESP
Sustained Release Vita C Plus
Omega Guard
B Complex
Collagen Powder
Prenatal Set608.75
Vita Lea Iron Formula
ESP
Sustained Release Vita C Plus
Omega Guard
B Complex
OsteMatrix
HEALTHY WEIGHT/CREAM
Cinch Tea Mix (28 sticks)131.25
Cinch Shake Mix Cafe Latte / Chocolate / Vanilla (15 serving)181.25
Krim Herbal Blend (4 oz)37.50

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com

Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)


Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my
Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Friday, December 28, 2018

Pusat Pungutan Zakat - MAIWP Dibuka Setiap Hari!

Sedar tak sedar lagi 3 hari sahaja lagi tahun 2018 bakal meninggalkan kita. Tak sabar rasanya menunggu tahun baru. Akhir bulan macam ni kebanyakkan kita dah gaji kan? Dah bayar zakat ke belum? ;) Tahukah anda dengan menunaikan zakat sebelum 31 Disember, anda layak mendapatkan rebat cukai pendapatan bagi e-filing tahun 2019.
Sempena kempen Year End Zakat (YEZ), 11 kaunter Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan membuka 11 kaunter pungutan zakat 7 hari seminggu sepanjang bulan Disember 2018 dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang. Mulai 26 - 31 Disember, waktu operasi dilanjutkan dari jam 8.15 pagi hingga 9.00 malam.

Berikut merupakan 11 lokasi kaunter PPZ-MAIWP:
Jika tidak berkesempatan mengunjungi kaunter tersebut, tidak mengapa. Bertenang. Sebab kini pembayaran zakat juga boleh dilakukan secara atas talian melalui portal: www.zakat.com.my. Untuk info lanjut, hubungi 1300885757.


Mari kita sucikan harta dengan menunaikan zakat demi kehidupan sekeluarga yang lebih berkat. InsyaAllah.

Tuesday, December 25, 2018

Warkah Kekanda Mujahid buat Adinda Izzah

Warkah Kekanda Mujahid buat Adinda Izzah - Mujahid Yusof Rawa
Ke hadapan adinda Nurul Izzah yang dikasihi,
Kekanda kini dalam perjalanan darat tiga jam dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid. Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda setelah keputusan adinda tempoh hari. Semoga adinda berada dalam keadaan sihat dan tenang menghadapi berbagai cabaran selaku 'Puteri Reformasi'.
Gelaran itu bukanlah mudah untuk dikalungkan kepada sesiapa walaupun ramai wanita muda era reformasi bangkit bersama, ini adalah kerana adinda ialah lambangnya dan simbol yang sinonim dengan gelombang reformasi. Kekanda amat bangga dengan gelaran itu malah kekanda sering menjadikannya inspirasi kepada anak-anak dan golongan muda lain agar mencontohi susuk tubuh 'puteri' ini.
Adinda,
Kekanda pernah menasihati adinda bahawa jalan untuk adinda masih panjang dan jauh dan pastinya adinda akan sampai jua dihujungnya. Kekanda cuba menyelami perasaan anak muda seperta adinda dalam politik kepartian yang penuh dengan persaingan individu dan kekelompokan.
Percayalah, kekanda telah melaluinya sehingga kekanda terpaksa membuat tindakan yang sukar lagi berisiko, semuanya gara-gara tabiat politik kepartian. Kekanda tidak mahu adinda tumpas dengan medan politik dalaman yang kadang-kadang tidak berhati perut.
Beberapa kali kekanda menangis sendirian antara meneruskan atau pasrah sahaja malah ada ketika mahu sahaja kekanda mengucapkan selamat tinggal kepada politik kepartian. Kekanda pernah dinasihati sifu-sifu parti agar senantiasa fokus dan buktikan nilai diri kita kepada perjuangan parti.
Sehingga kini, di telinga kekanda masih terngiang kata-kata penuh hikmah ayahanda kekanda Tuan Haji Yusof Rawa ketika kekanda mengadu padanya tentang persaingan dalam kepimpinan semasa kekanda dalam Pemuda PAS satu ketika dahulu. Ayahanda yang sudah agak uzur ketika itu tersenyum sambil berkata:
"Anakandaku Mujahid, di mana kamu berada bukan masalah kamu, jika Allah kehendaki kamu akan sampai di kemuncak, sampailah kamu, walaupun ramai tangan manusia yang menyekat kamu, tapi ingat jika belum sampai masanya dan Allah belum menetapkan, walaupun seribu tangan manusia ingin membawamu ke sana kamu tak akan sampai."
Yusof Rawa terus berpesan dengan penuh kebaikan: "...buktikan dengan kerja kamu, buatlah kebaikan kerana Allah, bersabar dan biarkan yang lain di tanganNya"
Sudilah apa kiranya dikongsikan nasihat ini untuk adinda jua semoga dipanjangkan kebaikan nasihat ayahanda Yusof Rawa yang amat dikasihi oleh ayahanda Anwar Ibrahim.
Adindaku Nurul Izzah,


Nama adinda ialah cahaya (Nur) yang penuh dengan kemuliaan (Izzah). Ayahanda adinda tinggi peradabannya malah kekanda yakin setiap nama yang diberikan kepada zuriat yang dikasihi adalah doa agar kekal nama itu sepadan dengan tuannya.
Kita dilahirkan dalam rumah yang tidak terpisah dengan kerjaya ayahanda kita iaitu ahli dan tokoh siasah (politik). Sememangnya benar kata pepatah orang tua-tua kita : "ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?"
Adinda mewarisi ketokohan siasah itu sama ada dengan pilihan atau warisan. Memang sukar untuk selalu diperbandingkan kita dengan ayahanda-ayahanda kita oleh manusia yang memerhatikan kita.
Kekanda selalu berkias tidak layak perbandingan tersebut dengan berkata, kuku pun tak sama dengan ayahanda kekanda, apatah lagi ketokohannya. 
Namun kita juga harus berbangga bahawa ayahanda kita mendidik kita sebaiknya untuk kita menabur bakti, berbuat baik tanpa syarat dan mementingkan perjuangan daripada diri sendiri. Kekanda yakin adinda telahpun menghadamnya sejak bergelumang di alam politik.
Menanggung kata keji manusia
Adindaku,
Sejak kekanda mengenali adinda, adinda masih remaja dan amatlah kekanda bersedih dan bersimpati betapa remaja seperti adinda terpaksa melalui saat-saat duka menanggung kepedihan fitnah ke atas ayahanda yang dikasihi.
Bukan mudah penderitaan tersebut, terpaksa menanggung kata keji manusia yang memfitnah sedangkan kita ada kawan, sekolah dan masa depan yang kita harus tempuhi. Bukan calang-calang manusia yang mampu berhadapan dengannya apatah lagi sebagai anak sulung, adinda terpaksa membebani jua penderitaan adik-adik yang masih kebingungan.
Kekanda ada melihat wajah adinda semasa dalam salah satu siri ceramah di Melaka hujung tahun 90-an. Kekanda berada di atas pentas ketika itu, betapa hati kekanda berbisik :
"Ya Allah, mengapakah anak ini harus menanggung semua ini? Lihatlah wajahnya masih remaja dan mentah terpaksa berada di atas pentas membela ayahnya yang difitnah dan diaibkan, Ya Allah kukuhkan jiwa anak ini."
Itulah bisikan doa kekanda waktu itu. Alhamdulillah era reformasi hujung 1990-an membawa kekanda berada di atas pentas politik sehingga kekanda memutuskan untuk bertanding pada PRU 1999.
Alhamdulillah juga kita diketemukan usai PRU 2008 sebagai ahli parlimen hingga kini. Anak 'remaja mentah' yang kekanda pernah doakan agar jiwanya cekal kini menjadi rakan seperjuangan kekanda yang kental, sama-sama melalui detik suka dan duka demi harga sebuah perjuangan, demi Malaysia baru. Kekanda amat menghargai persahabatan kita disimpulkan dengan satu cita-cita dan satu harapan.
Adinda Nurul Izzah,
Kekanda amat yakin kebolehan adinda bukanlah kerana 'menumpang' nama besar Anwar Ibrahim. Pepatah Arab ada mengatakan: "bukanlah anak muda hebat itu yang berbangga tentang kegemilangan ayahnya tetapi anak muda hebat ialah yang berkata aku adalah aku".
Kekanda akan berkata, "adinda adalah adinda dari sudut kehebatan dan kemampuan".
Manusia akan terus berkata, janganlah adinda menjangkakan manusia akan diam dengan kebolehan kita dan kemampuan kita. Sehebat manapun seseorang, dia akan lebih hebat jika manusia terus mempertikaikannya maka terserlah lagi kehebatannya.
Pencacai hilang ditelan zaman
Para ulama dan ilmuwan yang namanya terukir di bibir orang yang membaca pandangannya tidak dihargai pandangannya begitu sahaja, mereka dikritik malah dicerca dan dicaci sebagai 'sesat' dan sebagainya. 
Lihat siapa mereka hari ini, di mana pencacinya berakhir? Pencaci dan pencacai akan hilang ditelan zaman, yang terserlah adalah kehebatan kepada yang dicaci dan dikritik.
Kekanda tidak tahu tentang adinda tetapi kekanda yakin dengan 'sunnah' ini selagi ada kekuatan hujah dan kejelasan pemikiran apa yang kita perjuangkan. Biarkan pengkritik lakukan apa yang mereka pakar lakukan, kita lakukan apa yang kita perlu lakukan iaitu membawa gelombang Malaysia baru! Kekanda perlukan adinda bersama memimpin gelombang besar ini.
Bukan mudah berada dalam parti yang dikatakan kononnya 'parti anak beranak'. Mereka juga menggunakan istilah yang lebih sofistikated seperti 'nepotism'.
Kekanda tidak pandai guna istilah-istilah ini, apa yang kekanda tahu ialah abaikan semua itu (persetankan, maaf bahasa kasar) kerana adinda bukan apa yang diperkatakan, adinda ada kelayakan tersendiri, amat tidak adil untuk kelayakan ini 'dimandulkan' hanya kerana kata-kata sinis seorang, dua. 
Tiada yang lebih baik dibuat kayu pengukur melainkan dengan istilah al-Quran iaitu 'al-qawwi' 'al-amin'.
Pesanan sifu politik
Adindaku,
Kekanda pernah bertanya pada sifu-sifu kekanda dalam politik. Anehnya sifu-sifu kekanda bukan semuanya dari mana-mana parti tertentu tetapi sebahagian mereka hanya pemerhati yang mengamati sepanjang pengalaman hidupnya bagaimana potensi digilap dan potensi 'dimalap'.
Hanya satu pesanan sifu-sifu ini:
"Dalam perjuangan tak boleh 'merajuk' dan kecil hati sebab musuh kita akan melihat itu satu kekalahan awal, mereka akan lebih berani ke hadapan hendak menjatuhkan kita".
Namun satu kata nasihat yang kekanda tak akan lupa dari seorang sifu kekanda yang telah pun meninggalkan dunia fana ini. Sifu dari Pulau Pinang ini memetik dari kata-kata semangat seorang pemimpin besar di Barat: "Jangan salahkan musuh kamu kerana menjatuhkan kamu, salahkan diri kamu sendiri kenapa kamu enggan berdiri semula".
Kekanda pernah dijemput ke rumah seorang sifu satu ketika di Kelantan. Waktu itu kekanda berumur 30-an dan penuh semangat anak muda. Sifu ini yang sekian lama berdiam diri setelah pernah menjadi manusia yang digelar 'paling bekeng' dalam politik Kelantan.
Beliau jadi juara 'gedebe' setelah menewaskan dalam satu pergaduhan dengan 'ketua gangsta' paling digeruni, sejak itu gelaran kepada beliau sebagai tokoh gedebe tidak pernah dipertikai dan disangsikan. 
Dengan latar belakang sifu ini, kekanda menjangkakan nasihatnya 'keras' dan 'tegas' namun kata nasihatnya penuh kesufian dan kelembutan.
Katanya: "Mujahid akan muncul jadi pemimpin satu hari nanti, lagi tinggi Mujahid naik, mesti lebih kukuh asas tempat bertapak, jika tidak, pasti akan bergoyang di atas nanti, bina tapak dari sekarang pasti Mujahid akan memerlukannya".
Dua puluh tahun lebih berlalu, kenyataan kata-kata nasihat dari sifu paling 'gedebe' ini kanda ingin kongsikan dengan dinda. Sudilah apa kiranya adinda mendengarnya buat bekalan perjalanan panjang kita.
Adinda Nurul Izzah,
Kekanda hanya mahukan kebaikan untuk masa depan politik adinda, maaf kerana warkah ini ditulis cara terbuka tetapi kekanda rasa adinda adalah 'Puteri Reformasi' milik generasi baru yang akan mencorakkan Malaysia baru.
Mereka perlukan 'puteri' mereka terus memimpin langkah awal ke arah apa yang dicitakan oleh pengasas gelombang reformasi. Para pengkritik juga ingin menguji apakah kekentalan 'Puteri Reformasi' masih utuh?
Jangan biarkan ujian ini menjadi satu kebenaran dan jangan biarkan mereka yang tidak ada bersama kita sebelumnya menentukan nasib Malaysia baru, kita perlu tentukannya bersama.
Adinda tidak perlu bimbang kebanjiran mereka yang mahu berada dalam Pakatan kita, kita punya kerangka besar yang mereka harus berada dalamnya biar apa parti pun yang mereka pilih di kalangan kita.
Adinda mesti teruskan perjalanan
Kita ada Malaysia baru yang kita perjuangkan bersama, Puteri Reformasi perlu perkukuhkan Malaysia baru bagi menjawab kebimbangan ini. Janganlah berundur setelah beribu tapak perjalanan kita, jalan kita masih jauh, Malaysia baru memerlukan adinda.
Adinda Nurul Izzah,
Akhir kalam terimalah salam kekanda dari hati yang merindui Malaysia Baru tanpa kebencian kaum dan agama, Malaysia baru yang melimpahkan kekayaannya buat golongan mustadafin dan Malaysia baru yang melahirkan generasi baru yang progresif dan inklusif. Alangkah bahagianya saat Malaysia baru jadi kenyataan ketika itu.
Kekanda tidak tahu apakah kekanda akan berada di situ nanti tetapi sekurangnya adinda Nurul Izzah mesti teruskan perjalanan ini.
Kekanda menghormati keputusan adinda namun kekanda harap adinda membaca warkah ini sehingga habis bukan untuk mengubah pendirian adinda kerana kekanda tahu kekentalan adinda sukar dilenturkan, tetapi untuk menyatakan kepada adinda bahawa perjuangan kita lebih besar dari perasaan dan emosi kita terhadap apa sahaja yang berlaku di hadapan kita.
Siapalah kita hanya zarah kecil membentuk harapan manusia ke arah Malaysia dengan dunia yang lebih baik.
Kenderaan kami menghampiri Toledo dan kekanda akan berhenti di sini dahulu untuk menikmati keindahan pemandangan dari kawasan tinggi di sini. Adios.

YOODO - PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2018

Yodoo, satu-satunya Telco dengan pelan fleksibel telah berkerjasama dengan Tencent; pengeluar permainan video terkemuka dunia bagi mengadakan kejohanan PUBG Mobile pertama di Malaysia iaitu PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2018.
Kejohanan julung kali dianjurkan itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM60,000 kepada pemenang. Kejohanan berkenaan bakal melalui empat saringan iaitu di Johor, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Berikut merupakan jadual peringkat saringan untuk PMNC :
Kumpulan yang terhebat daripada setiap peringkat saringan akan berentap di pusingan terakhir yang berlangsung di Sunway Velocity pada 26 Januari depan bagi merebut dan membawa pulang hadiah utama.

Sekitar Peringkat Saringan PUBG di Paradigm Mall, Johor Bahru
Fakta Tentang PUBG Mobile
PUBG Mobile yang pada asalnya merupakan permainan tembak-menembak paling popular di PC, PlayerUnknown’s Battlegrounds kini dilancarkan secara rasmi di peranti pintar. Dibangunkan oleh pembangun dari China, Tencent, ‘game’ bernama PUBG Mobile. Dilancarkan pada Februari 2018, kini PUBG ada lebih 200 juta pemain dan menghasilkan keuntungan USD100j keuntungan hanya dalam masa 200 hari!

Berita baik Untuk Yoodo Gamers!
Akhir Januari 2019 nanti, Yoodo akan menambah PUBG Mobile addon pada servis mereka. Jadi tidak perlu risau dengan penggunaan data ketika bermain ;)

Untuk info lanjut tentang PMNC, layari: www.yoodo.com.my/pmnc2018/. Untuk info lanjut tentang Yoodo, layari: www.yoodo.com.my dan ikut Yoodo di Facebook http://www.facebook.com/yoodoMY/ bagi sebarang pengumuman dan promosi semasa.

Sunday, December 23, 2018

HUGGIES DRY PANTS: MALAYSIA'S FASTEST ABSORBING DIAPER PANTS!

I’ve been diapering non-stop for the past six years. Well, I guess that’s what you get from having 4 kids in succession. So, if you were to ask Mak for my opinions on diapers, you bet I would have a LOT to say. Here I am sharing my experience as a current Huggies user, and as you read on, you will also get to know why I decided to stick to Huggies brand ;)
My kids eat, drink and pee a lot! So it's important for me to find the best and affordable diapers in the market. Normally after a long day (or outing), a baby normally needs a change or two. I was pleasantly surprised to find that while the diaper was feeling rather heavy (lots of pee), it didn’t leak (+dry surface). So, I let my baby to wear his new Huggies Dry Pants to bed that night. The next morning, Yusuf slept in longer than usual and when I checked his diaper, it actually felt dry. Absolutely amazing!

WHY IT'S BETTER?
1,000 Fast Absorbing Micro Holes
1,000 fast absorbing micro holes absorb wetness rapidly and lock it in, keeping your baby’s gentle skin dry and comfortable.
5-Way Comfort Fit
With Comfort 5 Technology flexible fit in 5 areas: waist at tummy, waist at back, two legs and crotch - enhanced stretch and elasticity.

Absorbs Up To 10 Hours
Absorbs urine for up to 10 hours, helping your baby feel dry through the night. Based on average urine produced per 10 hours and 100% retention capacity of the diaper.

100% Breathable
Allows air to escape up to 10X faster* to help prevent diaper rash. Their Their U-fold technology provides double leak barriers which help prevent urine leakage along the legs.
*VS non-breathable covers Leak Guard
My baby hate diaper change - Have you ever tried changing diaper for a squirming super active half-man who runs away before you’re done? Not fun. Especially when you all go out together, me and my 4 kids. No, it's not funny. But now, I could change his diapers upright; whenever, wherever!

When my baby is happy, I’m happy. Isn’t that all that matters to us #GengMakMak? Thanks Huggies for this innovative product! For great bargain of Huggies Dry Pantsgreat bargain of Huggies Dry Pants; log on to http://bit.ly/2LgcBwt to get your hands on this, NOW!

#HuggiesMyFastest