Resepi Roti Puri Cepat, Mudah dan Sedap

Resepi Roti Puri Cepat, Mudah dan Sedap
Resepi Roti Puri Cepat, Mudah dan Sedap | Selain tosai, Lin suka makan roti puri. Panas, garing dan flaky dicecah pula dengan sambal tumis atau kuah kari pekat. Memang terangkat!

Senang je buat roti puri ni. Ada banyak versi, ada yang guna yis/mauripan. Tapi hari ni Lin nak kongsi resepi Roti Puri Paling Cepat, Mudah dan Sedap dan tersangatlah elok kejadiannya. Hanya guna 4 bahan yang pastinya sentiasa ada di dapur anda.
Resepi Roti Puri Cepat, Mudah dan Sedap
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
150ml air
1 sdt garam
1 sdt minyak masak/minyak sapi

Cara-caranya:
1. Gaulkan tepung serta garam bersama-sama air yang diletakkan sedikit demi sedikit.
2. Uli sehingga doh tidak melekat pada bekas dan tangan.
3. Letakkan minyak dan uli lagi sehingga doh lembut.
4. Biarkan doh selama lebih kurang 20 minit.
5. Uli sedikit dan bahagikan doh kepada bola sebesar bola golf (saiz bergantung pada anda - Lin suka buat kecil-kecil, boleh dapat 12 biji 1 adunan)
6. Canaikan doh dalam setengah inci dan goreng dalam api sederhana. Benamkan sedikit doh bagi dia menggelembung. Terbalikkan sekali.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Jika ada banyak baki doh, boleh frozenkan doh yang telah dicanaikan dan lapiskan plastik/cling film untuk elakkan doh melekat antara satu sama lain. Bila nak makan, keluarkan dari peti sejuk dan biarkan seketika sebelum digoreng.

Selamat mencuba!

17 comments:

  1. Dari tu akak nak buat...x jadi2...haih xde seni langsng la tangan akak kalau buat kuih

    ReplyDelete
  2. hadoiii...makan petang2 memang syok...

    ReplyDelete
  3. hurmmm.......balik ni nak buatlah..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Cuba kak. Sekejap je buatnya ni. Sebelum tidur uli jap, esok pagi boleh goreng.

      Delete
  5. Serius ye x yah guna mauripan..? Berdebar plak nak try x guna yis.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul wak. tapi teknik goreng tu kena minyak banyak and simbah2 sikit minyak kat atasnya. jangan tekan nnt tak kembong.

      Delete
  6. assalamualaikum lin...bestnya ....makan petang cicah kari mmg sedap la...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  7. Dah banyak Kali buat sedap cicah curry

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum.. Alhamdulilah td cuba memang berbaloi. Rasanya next time nak campur sedikit tepung jagung agar sedikit rangup dan garing..

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum.. Alhamdulilah td cuba memang berbaloi. Rasanya next time nak campur sedikit tepung jagung agar sedikit rangup dan garing..

    ReplyDelete
  10. nak try la..macam senang je..tapi ni tak tau la jadi ke tidak gelembung macam lin buat ni..tak pe, nnti kita try.. ;)

    ReplyDelete
  11. Bila baca resepi mmg senang. Kena try jugk ni

    ReplyDelete
  12. senang nya resepi ni tapi tu la.. rajin dengan tidak je nak buat ha 😂

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.