Lazada Malaysia

Tuesday, July 17, 2018

Cara Buat Kuah Durian/Serawa Durian/Lempok Durian

cara buat kuah durian serawa durian jem durian Lempok Durian
Resepi Kuah Durian/Serawa Durian/Lempok Durian | Musim durian hampir tamat ni, awak semua dah merasa keenakkan raja buah ke belum? Alhamdulillah, musim durian kali ini kami sekeluarga memang puas makan durian. Semalam jiran datang, jual durian 3 biji RM10. Murah dan elok pula duriannya. Mak beli RM40 terus kongsi dengan keluarga yang lain.

Ada lebihan, Mak terasa nak buat kuah durian. Boleh simpan dalam peti ais, tahan lama. Boleh makan dengan roti, biskut, roti jala, topping aiskrim; eh macam-macamlah. Jadi ini resepi kuah durian/serawa durian versi mak.

Bahan-bahan:
10 ulas durian
2 cawan air
1 kotak santan Kara
4 sudu besar gula melaka (tahap kemanisan masing-masing; atau gula putih/perang)
Daun pandan (dicarik dan diikat)
Secubit garam
Cara membuat:
Satukan semua bahan dan kacau perlahan dengan api kecil sehingga pekat. Kena selalu kacau supaya santan tidak pecah.

Ada orang letak tepung jagung sahaja untuk pekatkan kuah. Ada juga yang letak susu pekat sedikit. Terpulang, ikut sedap masing-masing ;) Till then, Salam.

P/S: Minat durian tapi tempoyak memang tak lalu nak makan.

Tuesday, July 10, 2018

Ketupat Palas Segera Jenama Nona

Ketupat Palas Segera Jenama Nona | Tiap-tiap tahun, Ketupat Nona memang jadi pilihan keluaraga Mak. Memang lembut dan puas hati. Ceritanya, Mak buat ketupat palas untuk sarapan dua hari lepas. Literally, Mak cuma rebus sahaja. Hari tu, ternampak dekat timeline fanpage masakan terkenal, MAHN; orang masak ketupat palas segera yang ni. Ikut komen, memang ramai dah rasa kesedapnnya. Jadi bila Mak terjumpa, Mak belilah 1 buat rasa.
Harga sebungkus Ketupat Palas Segera Nona dalam RM6+. Dalamnya ada 13 bungkusan kecil ketupat. Disertakan sekali santan segera. Tapi Mak tak guna santan tu, sebab kalau tengok ingredient santan: krimer bukan tenusu, perasa santan dan garam. Mak tukar dengan pilihan yang lebih sihat, santan kotak Kara ;)
Kalau ikut cara memasak di bungkusan Ketupat Palas Nona ni, basuh dan letak semua sekali bahan dalam periuk dan rebus 1 jam. Cara Mak pula, basuh dan rebus dengan air serta sesudu besar garam seperti biasa selama 30 minit. 30 minit lagi baru Mak letak santan. Dah siap sejukkan terlebih dahulu barulah dihidang.
Macam nilah kejadian akhirnya. Mak tak tunggu sejuk, excited sangat nak makan. Memang sedap, lemak serta lembut. Dipadankan sekali dengan sambal tumis dan kari ayam pekat. Rasa macam tak cukup sebungkus makan dengan anak-anak. Nanti bolehlah beli lagi buat spare. Bila-bila terasa nak makan ketupat palas, boleh rebus. Next time nak cuba Lemang Segera Nona pula ;)

P/S: I've being eye-ing Philip Pressure Cooker ;) Entah bila nak beli.

Friday, July 6, 2018

TEXAS CHICKEN KINI DI JOHOR BAHRU!

TEXAS CHICKEN KINI DI JOHOR BAHRU| Berita baik untuk rakyat Johor, kini jenama global rantaian makanan segera Texas Chicken Malaysia telah membuka cawangannya yang ke-48 bertempat di Pusat Beli-Belah City Square Johor Bahru. Dikendalikan oleh pemegang francais utama Envictus International Holdings Limited (Kumpulan Envictus), Texas Chicken kini bersedia untuk menyajikan hidangan menu lazat yang pasti menambat hati penduduk Johor Bahru serta pelancong dari Singapura. Restoran Texas Chicken di Pusat Beli-Belah City Square Johor Bahru merupakan rancangan pertama bagi Selatan Malaysia dengan pembukaan seterusnya di Pusat Beli-Belah Southkey Mid-Valley.
texas chicken malaysia johor bahru
Jadi bila Mak dijemput untuk to be a part of Texas Chicken Malaysia semalam. Terbayang kesedapan Honey-Butter biscuit dan Chocolate Volcanonya. Teruskan membaca ya ;)

MENU DI TEXAS CHICKEN MALAYSIA
texas chicken malaysia johor bahru
Texas Chicken Malaysia menawarkan pelbagai pilihan makanan segera. Menu utamanya, awak boleh pilih nak makan ayam, burger atau wrap dan setiap hidangan kombo didatangakan sekali dengan coleslaw, kentang putar, Honey-Butter biscuits (to die for!) dan bahagian paling terbaik: Bottomless drinks! Yes, isi-semula PERCUMA. Mesin air di letakkan di luar dan awak boleh pilih air berkarbonat atau teh o ais yang sangat menyamankan tekak. Harga? Tak perlu risau sebab sama sahaja harga seperti cawangan makanan segera yang lain.
texas chicken malaysia johor bahru
Mak tak melepaskan peluang merasa sendiri menu terbaru mereka; Burger dan Wrap Jalapeno. Pedas dengan lapisan ayam, keju, Jalapeno Bombers, nachos rangup dan sos keju yang yang betul-betul sedap. Last but not least, jangan lupa order sekali dessert. Mak suka Strawberry Shortcake (Honey-Butter biscuit dengan aiskrim vanila dan sos strawberry) dan juga of course, Honey-Butter Biscuit. Nak kata muffin pun bukan, roti pun bukan, scones pun bukan. Tapi slightly crisp on the outside and soft-fluffy in the inside, brushed with honey butter. Manis, Mak even pack some more untuk dibawa pulang.
texas chicken malaysia johor bahru
texas chicken malaysia johor bahru
 texas chicken malaysia johor bahru
Seronok dapat meluangkan masa bersama kawan-kawan di Texas Chicken Malaysia. Bolehlah lepas ni kalau nak gathering, kita buat di sini sahaja. Environment pun best. Tempat duduk selesa dan mesra keluarga. 

Ikuti Texas Chicken Malaysia di media sosial untuk info dan promosi terkini:
Texas Chicken Malaysia
Pengerusi ENVICTUS International Holdings Limited (Envictus International), Datuk Jaya Tan (di tengah) bersama-sama barisan directors dan senior management
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...