Cara Buat Tempe Homemade
Hari tu Lin ada cerita yang Lin join course buat tempe last 2 weeks kan? My 1st attempt was with guidance of course, ada cikgu yang ajar. Hands-on, so kita bawa balik dan tinggal peram. For the 2nd attempt, I try to do it myself. Ragu-ragu jugalah, rasa macam 50-50 je nak jadi. But it turned out perfect. Terasa puas hati sangat dapat hasilkan tempe yang padat dan cantik dengan usaha sendiri. Alhamdulillah. π₯Ή
Khasiat Tempe
Sumber Protein dan Prebiotik. Tinggi Kalsium, Zat Besi, Magnesium and Fosforus
✔ Meningkatkan kesihatan tulang
✔ Mengawal paras kolestrol
✔ Mengurangkan keradangan
✔ Mengawal tekanan darah
✔ Mengurangkan premestrual syndrome dan simptom menopause
✔ Rendah lemak
✔ Melindungi jantung
So, I jot down the recipe here for future reference. Kalau tak tulis dekat sini, entah mana-mana nak cari balik tak jumpa.
Bahan-bahan:
1kg kacang soya
1sdb ragi tempe
1sdb tepung beras
Plastik pembungkus (Lin isi 90gm kacang soya yang dah siap diproses)
Cara-caranya:
- Rendam: Kacang soya direndam antara 4 hingga 6 jam, atau lebih mudah, semalaman.
- Basuh & Rebus Pertama: Kacang soya yang telah kembang dicuci sehingga bersih. Kemudian, ia direbus dengan api besar sehingga mendidih (anggaran 45 minit).
- Rehatkan: Tutup api dan biarkan kacang soya berehat dan sejuk semalaman dalam air rebusan.
- Tanggalkan Kulit: Kacang soya dibasuh berulang kali sambil digosok-gosok sehingga kulitnya tertanggal dan kacang terpisah dua. Buang kulit-kulit yang timbul.
- Rebus/Kukus Kedua: Kacang soya yang telah terpisah dua ini direbus sekali lagi sehingga mendidih (atau dikukus dalam 45 minit) untuk membuang lebihan air dan mensterilkan.
- Keringkan: Toskan kacang soya yang telah direbus dan keringkan betul-betul. Boleh keringkan dengan kipas angin atau alas dengan kain bersih sehingga tiada lembapan.
- Gaul Ragi: Pastikan kacang soya betul-betul kering dan telah sejuk sepenuhnya sebelum digaul bersama ragi tempe dan tepung beras. Gaul rata-rata agar ragi tersebar sekata.
- Bungkus: Bungkus menggunakan daun pisang atau plastik pembungkus (isikan 3/4 penuh sahaja).
- Cucuk: Plastik dicucuk dengan lidi atau jarum di beberapa tempat bagi memastikan ada pengaliran udara keluar.
- Peram: Simpan dalam ruangan gelap dan tertutup (suhu bilik, bukan peti sejuk). Peram tempe selama 48 jam / 2 hari untuk memastikan tempe betul-betul masak.
Tentang Masa Peram:
Cikgu ajar peram 2 hari (48 jam). Tapi based on my experience, Lin tak pernah cuba peram sampai 48 jam lagi, so 24 jam sahaja. Risau rosak, membazir masa, tenaga, dan wang ringgit. Lain kali, bolehlah kita buat experiment 48 jam tu.
Cara Membuat Ragi/Serbuk Tempe Sendiri:
Sebagai rujukan, untuk membuat ragi tempe sendiri, tempe segar dipotong nipis dan dijemur sehingga betul-betul kering, kemudian dikisar halus. Serbuk ragi ini boleh disimpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk (chiller).
Jom, kalau korang ada buat tempe homemade juga, meh la share tips atau pengalaman dengan Lin. Weekend ni Lin rasa nak buat tempe lagi, nak bagi dekat kawan-kawan untuk dapatkan feedback.




Waaaah hebaaaaat, berhasil buat kak πππ. Saya nih sukaaa dengan tempe, tapi belum pernah lah bikin sendiri π π .
ReplyDelete