Denda lewat daftar kelahiran naik RM1,000

Ada baca BH Online petang semalam tak? Mak nak share this not-so-good news dengan kawan-kawan. If awak tak register anak awak within 60 days of birth, kena denda RM1000 berbanding sebelum ni RM50. Mak tak pernah lambat daftar lambat surat beranak anak, JPN pun dekat. Tapi kalau macam orang susah nak datang, transport tak ada etc. macam mana ek? Ke boleh refer or minta bantuan ketua kampung? Ada medium lain tak? Sebab mak pernah jumpa dulu kat Perak masa join volunteer program, ada orang asli yang tak ada surat beranak or IC. Belum cerita pasal Sabahan lagi. Kesian tau.

Denda lewat daftar kelahiran naik RM1,000 (Sumber: BH Online)
TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed. - Foto Asyraf Hamzah
KLUANG: Pasangan yang tidak mendaftar kelahiran dan surat beranak anak mereka dalam tempoh 60 hari perlu membayar denda RM1,000, berkuat kuasa serta-merta.

Sebelum ini, denda pendaftaran lewat kelahiran hanya RM50.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata langkah meningkatkan denda bukan bertujuan mengutip hasil, sebaliknya menggalakkan ibu bapa mempercepat pendaftaran kelahiran anak.

Katanya, pendaftaran kelahiran tidak boleh diambil mudah dan sambil lewa kerana akan menimbulkan pelbagai masalah berbangkit ketika anak membesar termasuk kesulitan mendaftar MyKid serta persekolahan.

"Kerajaan mengambil keputusan semua kelahiran mesti didaftar dalam tempoh 60 hari, sama ada anak sah taraf atau luar nikah.

"Jika ibu bapa mendaftar lewat dari tempoh berkenaan, mereka akan didenda sehingga RM1,000 berkuat kuasa serta merta.

"Kerajaan menaikkan jumlah denda lewat daftar selepas pindaan Akta 299 Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat yang diluluskan Dewan Rakyat tahun lalu.

"Ogos lalu, kita hanya menguatkuasakan tempoh pendaftaran lewat kelahiran dilanjutkan dari 42 kepada 60 hari bagi memberi peluang ibu bapa atau ibu tunggal berpantang dan menguruskan bayi sebelum hadir di hadapan pendaftar kelahiran," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pejabat baharu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Simpang Renggam di Taman Indah, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah JPN Johor, Rokiah Hanum Ibrahim.

P/S: Semoga semua urusan dipermudahkan.

Comments

  1. Dari RM50 naik ke RM1000 haihh kesiannya :(

    ReplyDelete
  2. Naik sangat tu.. tak tau la apa sebab disebaliknya.. Mungkin nak elakkan ramai yang takde sijil kelahiran kan..

    hmm

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum lin...skg ni semuanya nak kena denda kalau lewat...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.