Resepi Kari Ayam Paling Mudah dan Sedap

Memanjang post resepi mudah dan self-aclaimed sedap. HAHA. Anak-anak dengan maknya sekali memang suka makan kari. Every week wajib masak kari ayam/daging. Bertambah-tambah anak makan. Mak gemar lebihkan kuah, kentang, and buat pekat-pekat. Kalau ada lebihan, boleh buat cecah roti or lempeng untuk keesokkan harinya. Memang menjilat jari.
Reaepi kari ayam daging mudah
Bahan-bahan:
10 sdb minyak masak - 50ml
1 kayu manis - 4g
2 tangkai daun kari - 2g
1/4 bahagian ayam dipotong kecil - 200gm
1 biji ubi kentang dibelah 4 - 50gm
1 tomato kecil dibelah 4 - 60gm
1/2 batang lobak - 70gm
1 paket serbuk kari ayam/daging - 25gm
1 sdk garam - 5gm
2 cawan air - 500ml
1/2 cawan santan - 125ml

Bahan kisar halus:
1 bawang besar / 3-4 biji bawang kecil - 40gm
4 ulas bawang putih - 20gm
2cm halia - 15gm

Cara Memasak:
1. Tumis bahan kisar, kayu manis dan daun kari sehingga wangi dan masukkan serbuk rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
2. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak baru masukkan ayam dan kentang. Gaul rata dan tutup sekejap dalam 3 minit.
3. Masukkan air dan garam. Kacau dan tutup lagi dalam 12 minit.
4. Bila ayam dah nampak masak, masukkan tomato, kecilkan api dan masukkan santan. Kacau perlahan sehingga pecah minyak.
5. Siap untuk dihidangkan.

Ada orang suka gantikan santan dengan susu cair. As ada banyak rempah kari dekat pasaran, mak suka brand Baba's. Mak dah compare dah ingredients and taste dia. Baba's punya lagi kick. Dan 1 lagi, kalau nak pedas, boleh tambahkan cili serbuk atau cili kisar semasa menumis. Takpun partner je kan dengan sambal belacan dan ikan masin. Kalau suka kicap, gaul kicap cap kipas udang. Huhu. Lapar pulak perut mak.

Selamat mencuba ;)

P/S: Bila anak dah besar dari bayi ke preschooler, seronok dapat masak and makan sama-sama. Taklah memanjang mak makan bubur je.

Comments

  1. wah...siap ada gm lagi kan mak...tolong hantar jalan lampam

    ReplyDelete
  2. saya juga suka masak kari..

    kadang-kadang guna santan ..

    kadang -kadang janji letak kari sahaja

    ReplyDelete
  3. lama tak buat kari ayam.. next week boleh buat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye mamajue. Kami tiap2 minggu pun buat 😂

      Delete
  4. wah kari ayam, feberet ni. lpas ni leh rujuk sini la kalau nak masak kari

    ReplyDelete
  5. SA suka kari ayam...lama dh x buat..sedapnyaaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat lebih kak. Bawa pi ofis. Sejuk2 lapar boleh masuk microwave cecah roti.

      Delete
  6. Selalu masak guna pes yang sedia ada kat kedai jer tapi ada resepi mudah ni boleh lah cuba hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bos. Nanti dah buat, komen apa kurang lebih ya.

      Delete
  7. Replies
    1. sebenarnya kalau bab makan semua memang sedap sayang~ 😘

      Delete
  8. assalamualaikum lin...mmg sedap kalau kari daging...mama kalau masak x pernah nak letak santan sbb hubby x suka kalau kari letak santan...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.