Rutin Mak dan Aktiviti Anak

Buat masa sekarang routine mak setiap hari lebih kurang sama je. Bangun pagi, siapkan sarapan (or makan dekat luar), tidurkan Fateh while mak masak cepat-cepat for lunch dengan "bantuan" 2 chef; Adam and Iman and spend most of the time sebelum Fateh bangun (dalam pukul 1pm) dengan tengok TV, joget-joget (especially time lagu Larva), ajar mengaji or do any activities lah yang mak terlintas nak buat (or I google it). WAJIB ada aktiviti dengan budak dua orang ni, or they end up bercakaran sesama sendiri. Kalau tak Adam kacau adik dia, mesti Iman yang provok abang dia.

Bila Fateh bangun, we had lunch together, then turn Adam dan Iman pula nap sampai pukul 4 petang. Jadi sementara tu, mak spend time dengan Fateh pula. Kiranya lapang sikitlah mak nak buat preparation untuk tea ke, nak update blog ke, basuh toilet ke, eh macam-macam la nak buat sebab Fateh suka main sendiri (ikut mood dia). Petang nak ke malam macam biasalah, kadang-kadang mak bawa diorang ke Taman Tasik, main playground picnic etc. Ikut tenaga dan mood mak macam mana. Apa-apa pun boleh, yang penting anak tak rasa bosan or terperap. Anak lelaki ni banyak tenaga, so kita kena salurkan ke tempat yang betul dan bersesuaian. Kalau tak, jangan salahkan anak tantrum bagai. Lebih kurang macam tu la bunyi parenting book yang mak baca.

Indoor Activities
Antara aktiviti kesukaan mak dengan anak mak, of course, play with Lego, bola (sebab rumah mak tak ada barang or anything fragile, so main bola dalam rumah dibolehkan), baca buku, and paling Adam dan Iman suka, buat kraftangan. Most of craft stuff mak beli dekat DIY je. Ada yang siap ada craft kit. Semua ada, senang dan murah. Paling baru mak beli buku ni: Buku Craft, gunting tampal.
 Antara contoh aktiviti dalam buku ni:
 
It cost me RM2.90/book. Adalah dalam 10 aktiviti. Lepas dah siap, ikut kreativiti mak-mak la. Boleh play pretend ke macam mana. Kertasnya tak keras, kalau rajin tampal la dekat manila kad. Macam last time, lepas dah buat watch, belt, crown semua, Adam dengan Iman jadi superheroes (with pistol lego) I ask them cari kejar semut and kill them all! Keep them occupied while mak scroll message customer and FB. KAHKAHKAH.
 
 
Then esoknya, mak ask them whether they love me or not. Kalau sayang, buatkan ibu ini dan ini (tunjuk aktiviti yang mak nak diorang buat that day). Senang kerja and now at 3 and 4, Adam dan Iman dah kenal selotep, gam serta gunting dan pandai menggunting walaupun senget-senget. Last-last Ibu juga yang kena trim cantik-cantik.
Tak apa yang penting this is my effort spending more time dengan anak-anak kan. Doing thing they love. Tak lah sepower mak-mak homeschooling. Tapi bolehlah~ Lagipun next year Adam dah start prasekolah, dengan adik baby due end of this year lagi, macam manalah nak divide time and attention for each baby. Doakan dipermudahkan semua, InsyaAllah.

So mak-mak, apa aktiviti yang korang buat dengan anak? Meh share dengan mak, aktiviti ke, website rujukan ke. Till then, Salam.

Comments

  1. wahhh.. bagusnya mak.. mcm akak konon beriya jugak nak homeschooling anak2.. beli la bahan2.. end up tak buat/tak sempat buat.. sedih betul.. kesian kat anak22..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa kak. Ada niat, siap beli tu pun dah cukup bagus dah. InsyaAllah ada la masanya tu. Semua ibu nak buat yang terbaik untuk anak kan?

      Delete

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.