Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap

Resepi nasi ayam sedap dan mudah
Rasanya dah ramai yang share Resepi Nasi Ayam paling mudah dan sedap ni. Penulis (owner resepi) Puan Rafiza Idayu kata, cara ini diadaptasi dari resipi Nasi Ayam Kak Laily Subang dan perapan ayam dengan resipi steak Me’nate oleh Tuan Mustaffa Haji Othman, bekas masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckhingham. Power kan?

Bila bercakap pasal nasi ayam, mak memang jarang buat sendiri sebab kedai nasi ayam literally depan rumah mak je, so mak beli kedai kalau nak makan. Tapi bila nampak resepi yang sangat simple dan mudah ni. Mak terus pi pasar cari ayam, pakcik tu siap bagi lemak ayam extra lagi. HUHU. Berikut resepi mak dah susun ikut workflow:

Benda pertama sekali kita kena buat, rendam sekejap beras yang telah dibasuh bersama 1 sudu teh serbuk kunyit selama 15 minit untuk bagi warna nasi nampak cantik. Kemudian bersih dan toskan.

Kedua, sementara rendam beras tu, kita handle ayam. Ayam seekor tu potong 12. Panaskan air sehingga mendidih baru masukkan ayam (in order to seal jus ayam) Pastikan ayam semua terbenam, tutup periuk dan biarkan selama 5-6 minit dan keluarkan dan toskan ayam. Air rebusan jangan dibuang.

Ayam Goreng/Bakar

Bahan-bahan:

2 ulas bawang putih - ditumbuk
3 sdb madu
2 sdb sos tiram
1 sdb kicap pekat - kicap ABC
1 sdb minyak bijan
Sedikit lada sulah

Cara Memasak:
1. Di dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan tadi.Tak perlu letak garam, namun kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.
2. Perap ayam yang telah direbus tadi dalam 15 minit.
3 Guna api sederhana kecil, apabila minyak betul-betul panas masukkan ayam, namun jangan masuk banyak sangat. Goreng dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.

Mak bakar je dalam oven, 200°C dalam 30minit. Fuss-free and healthy. Baki perapan mak pekatkan atas dapur dengan api kecil and lumur atas ayam lepas dah siap bakar.

Nasi Ayam

Bahan-bahan:

Beras 3 pot + 1 sd serbuk kunyit (as mak mention earlier)
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - dipotong nipis
1 ketul Kiub pati ayam
Bay leaf (atau daun pandan) - untuk wangi
Lemak ayam
Air rebusan ayam

Cara Memasak:
1. Panaskan lemak ayam sehingga keluar minyak (tutup periuk) dan tumis halia serta bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan kesemua bahan tadi dan masak seperti biasa.

Sambal Nasi Ayam

Bahan-bahan:

6 biji lada merah
2 ulas bawang putih
1 sudu jus limau nipis
Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
4 sdb gula
1 sdk garam
200ml air rebusan ayam
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air

Cara Membuat:
1. Blender semua bahan. Masukkan air rebusan tadi.
2. Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.
3. Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.

Sup Ayam
Baki air rebusan ayam tadi awak masukkan sahaja 2 ketul kiub ayam, daun sup dan bawang goreng. Settle.

Hidangkan dengan daun , tomato dan timun. Memang sedaplah. Makan nasinya by itself pun dah sedap. Ayam dia jangan cakaplah, memang best! Lepas ni nak buat nasi ayam pakai resepi ni je.

Jadi, mak dah mencubanya. Anda pula bagaimana? Till then, Salam ;)

Comments

  1. Alahai.. Sedap pula.. Bilalah nak rajin buat nie.. Hehehe..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum lin...beberapa hari yg lepas hubby mama pun buat nasi ayam juga...ayam kampung feveret hubby...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.